* Gambar di atas : ADOLF EICHMANN
* Gambar di sebelah kiri : RAFI EITAN
Kerajaan Zionis Israel mengancam untuk menculik dan membawa Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad ke pengadilan antarabangsa. Ahmadinejad dikenali sebagai tokoh yang amat berani mengkritik Israel dan mengancam akan menghapuskan Israel dari peta dunia.
"Manusia seperti Ahmadinejad yang mengancam akan melakukan 'genosid' wajib dibawa ke pengadilan antarabangsa di The Hague, Belanda," ujar Menteri Kabinet Israel, Rafi Eitan.
"Dan semua pilihan adalah terbuka tentang bagaimana cara untuk menghadirkan Ahmadinejad," jelasnya. Ketika ditanya apakah ada kemungkinan penculikan akan dilaksanakan, beliau menjawab, "Ya, semua kaedah yang dapat membawanya ke pengadilan The Hague boleh dilakukan."
Semua kenyataan tersebut menurut Eitan merupakan pendapat peribadi. Eitan merupakan Menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam hal ehwal 'pencen'.
"Ahmadinejad sepatutnya khuatir dengan operasi Mossad yang akan menculiknya," ujarnya. Eitan memberi amaran bahawa sesiapa pun di dunia ini yang berusaha untuk melenyapkan sesebuah bangsa, perlu menghadapi akibatnya.

Rafi Eitan, 81 tahun adalah bekas agen Mossad yang menculik Adolf Eichmann, seorang pemimpin utama Nazi dari Buenos Aires, Argentina pada tahun 1960 dan menerbangkannya ke Israel. Eichmann kemudiannya diadili oleh mahkamah kerana melaksanakan perintah Adolf Hitler untuk menghapuskan bangsa Yahudi.
Tegasnya lagi, "Era pemburuan Nazi telah selesai dan ianya merupakan operasi masa lampau. Kini tiba saatnya untuk memburu dan menculik Ahmadinejad."
No comments:
Post a Comment