
Usahanya dalam bidang pemikiran dan pendidikan amat luas, antara lain beliau memegang jawatan sebagai anggota Majlis Penilaian Akademik Universiti Imam Shodiq (as), anggota Majlis Penilaian Pusat Kajian Humaniora, Reaktor Universiti Tehran, Profesor dalam bidang Sains Politik dan Undang-Undang Antarabangsa di Universiti Tehran juga seorang ulama yang mengajar di Hauzah Ilmiyyah Qom, Iran.
Kebanyakan karya-karyanya merupakan buku rujukan, antara lain berjudul 'Fiqh Siyasi' (10 jilid) dan 'Mabani Andisyeh Siyasi Islam' (Asas Pemikiran Politik Islam).
Ayatullah Prof Dr 'Abbas 'Ali Amid Zanjani kini sedang menjalani operasi pembedahan jantung di sebuah hospital di Tehran akibat gangguan jantung. Maklumat terkini menyebut bahawa keadaan kesihatannya mulai beransur pulih.
No comments:
Post a Comment