Tuesday, September 2, 2008

KHUTBAH RASULULLAH (saw) MENGENAI KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

"Wahai Manusia !
Telah tiba Ramadhan dengan membawa keberkatan, rahmat dan keampunan.
Ia adalah bulan paling afdhal di sisi Allah.
Hari-hari di dalamnya adalah sebaik-baik hari.

Malam-malam di dalamnya adalah sebaik-baik malam.
Waktu-waktu di dalamnya adalah sebaik-baik waktu.

Pada bulan ini, anda dijemput sebagai tetamu Allah.
Pada bulan ini, anda dijadikan sebagai orang yang mulia di sisiNya.

Pada bulan ini, setiap nafas anda adalah tasbih, tidur anda adalah 'ibadah, setiap amalan anda akan diterima dan doa anda adalah mustajab.
Maka mohonlah kepada Allah dengan niat yang benar dan hati yang suci supaya Dia memberi taufiq kepada anda untuk melaksanakan ibadah puasa di bulan ini dan juga untuk membaca al-Quran.

Sesungguhnya orang yang paling celaka adalah orang yang terhalang dari memperolehi keampunan Allah di dalam bulan yang agung ini.

Sewaktu anda berasa lapar dan dahaga, ingatlah bahawa ini adalah pengalaman yang sama anda akan alami sewaktu di Hari Kiamat. Maka :

Berikan sedekah kepada yang golongan yang miskin dan faqir.
Hormatilah ke atas orang-orang yang tua di kalanganmu.
Bersikap kasih dan sayanglah kepada golongan muda.
Hubungkanlah silaturrahmi dengan para anggota keluargamu.
Peliharalah lidah-lidahmu. Tutupkanlah pandangan matamu daripada sesuatu yang tidak harus melihatnya.
Pekakkanlah pendengaran telingamu daripada sesuatu yang tidak patut mendengarnya.
Cintailah anak-anak-yatim, nescaya anak-anak yatimmu bakal dicintai.
Bertaubatlah kepadaNya dari segala noda dan dosamu.
Angkatkanlah kedua tanganmu kepadaNya untuk berdoa selepas setiap solat kerana inilah masa yang paling baik bagi setiap para hamba untuk memperolehi belas kasihanNya. Dia akan memenuhi permintaan mereka pabila mereka bermunajat kepadaNya. Dia akan menyahut pabila mereka menyeru dan memanggilNya. Dia akan memustajabkan setiap permohonan mereka pabila mereka berdoa kepadaNya."



No comments: