Pemimpin Tertinggi Hizbullah, Hujjatul Islam Sayyid Hasan Nasrullah menegaskan dalam ucapan terbarunya pada 4 September 2008 bahawa sekiranya tentera Zionis Israel berani menjejakkan kaki mereka ke bumi Lebanon, maka mereka akan dimusnahkan.
Beliau berucap di Nabatiyeh, sebuah bandar yang terletak di selatan Lebanon bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia.Antara isi kandungan ucapannya :
Beliau berucap di Nabatiyeh, sebuah bandar yang terletak di selatan Lebanon bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia.Antara isi kandungan ucapannya :
- "Ketibaan Ramadhan akan membakar semangat serta kesungguhan setiap orang yang beriman dan ia mempunyai kepentingannya yang tersendiri di Lebanon. Penentangan yang wujud di Lebanon pada hari ini adalah contoh kejayaan sebuah keteguhan iman yang digambarkan melalui kesungguhan yang dipamerkan."
- "Era peperangan belum berakhir dan kami masih berada dalam sebuah medan pertempuran. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami mendengar begitu banyak ancaman daripada pihak musuh. Mereka mengancam untuk menyerang dan menghancurkan kami. Mereka juga ingin memusnahkan penduduk serta negara Lebanon. Israel sedar bahawa ia sudah hilang kekebalannya daripada aspek serangan udara dan laut dalam perang yang terdahulu sehingga Ehud Barak menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk menundukkan Lebanon adalah melalui serangan tentera darat dan bagi tujuan ini dia telah merangka 5 bentuk pelan perancangan ketenteraan yang kritikal. Kenyataan Barak tersebut adalah tidak lebih daripada perang psikologi namun sekiranya pelan-pelan tersebut tetap dilaksanakan di Lebanon, maka mereka akan dimusnahkan di kawasan lembah-lembah, jalan-jalan serta di mana-mana jua kawasan yang dijejaki mereka di Lebanon. Sewaktu tercetus perang 33 hari pada tahun 2006, Israel telah menggunakan 4 daripada unit-unit elit tentera daratnya namun mereka semua telah tumpas di tangan para pejuang Hizbullah."
- "Media-media Israel sentiasa menapis kenyataan saya yang mewakili pihak pejuang kerana mereka sedar bahawa saya sentiasa bertindak berdasarkan apa yang saya perkatakan dan ini boleh menimbulkan suasana panik di Israel."
- "Ada sesetengah pihak di Lebanon yang menuduh Hizbullah cuba memonopoli gerakan penentangan di negara ini namun saya ingin tegaskan bahawa Hizbullah tidak mendominasi semua gerakan penentangan tersebut dan penentangan ini sebenarnya adalah milik rakyat Lebanon keseluruhannya. Hizbullah tidak menghalang sesiapapun untuk melakukan penentangan terhadap musuh. Itu hanyalah alasan mereka yang palsu. Ada yang mendakwa bahawa mereka adalah orang pertama yang memulakan gerakan penentangan ini serta merupakan pihak pertama yang menggunakan senjata itu terhadap musuh. Namun persoalannya ialah di manakah mereka sekarang ini? Siapakah yang mereka sokong kini? Ladang Sheb’aa masih lagi berada di tangan pihak penjajah. Pergilah untuk membebaskannya. Kami tidak akan menghalang anda. Semasa situasi tegang pada bulan Mei 2008 yang lalu, telah terbukti bahawa semua kumpulan di Lebanon mempunyai senjata, daripada tahap sederhana sehinggalah ke senjata berat. Jadi, teruskan sahaja niat anda untuk melakukan penentangan. Hizbullah tidak akan menghalangnya."
- "Mereka yang mendakwa bahawa Hizbullah telah menggunakan gerakan penentangan ini untuk kepentingan peribadi sebenarnya tidak berniat sedikit pun untuk menjadi sebahagian daripada gerakan penentangan atau hendak menghantar anak-anak mereka ke medan tempur sebaliknya mereka hanya mahukan kuasa untuk membuat segala keputusan. Mereka mahu menjadi Jeneral sementara kami pula sebagai askarnya. Anak-anak muda kami telah mengorbankan jiwa mereka untuk tujuan ini, jadi mereka bebas untuk membuat perancangan tersendiri. Inilah sebenarnya niat jahat mereka dalam melibatkan diri dengan gerakan penentangan ini. Mereka mahu membuat segala keputusan mengenai kedamaian serta juga peperangan."
- "Ada juga pihak di Lebanon yang mendakwa Hizbullah menggunakan isu Ladang Sheb’aa hanya sebagai alasan untuk terus memegang senjatanya. Kami ingin tegaskan, walaupun selepas Ladang Sheb’aa dibebaskan kelak, kami akan tetap kekal dengan senjata kami kerana penentangan adalah suatu keperluan yang amat penting demi mempertahankan Lebanon daripada ancaman Zionis Israel."
- "Mengenai kejadian tembakan ke atas sebuah helikopter milik tentera Lebanon pada 28 Ogos 2008 yang lalu, saya mengakui bahawa ianya adalah sebuah kesilapan. Helikopter tersebut sedang melakukan penerbangan di kawasan bukit dan kemudian mendarat menyebabkan sebahagian daripada pejuang kami terkejut sehingga salah seorang daripada mereka telah melepaskan tembakan. Hizbullah telah bekerjasama sepenuhnya dengan pihak tentera Lebanon dalam menyiasat kejadian itu dan meskipun pihak tentera pada mulanya agak kabur dengan kejadian itu namun Hizbullah amat jelas dengan apa yang sebenarnya berlaku dan tidak teragak-agak untuk memberikan segala maklumat yang perlu mengenainya. Namun ada sesetengah pihak di Lebanon yang memperbesar-besarkan peristiwa itu ditambah lagi dengan sebahagian media Arab yang melaporkan berita palsu bahawa Hizbullah telah mengarahkan penembakan ke arah helikopter tersebut. Memang ada sebahagian daripada media Arab yang mahu melihat kejatuhan Hizbullah. Seorang pegawai tentera telah terbunuh dalam kejadian yang tidak disengajakan itu."
- "Hari ini, saya ingin umumkan secara rasmi bahawa berdasarkan kepada pengetahuan kami, tiada lagi walau seorang pun tahanan Lebanon yang masih hidup sedang dipenjarakan di Israel. Mengenai mayat para syahid, Israel mendakwa bahawa mereka masih mempunyai 199 orang mayat para pejuang Lebanon dan Palestin. Kami tidak yakin bahawa fail mengenainya sudah ditutup dan ia masih terbuka."
- "Saya tidak akan mendakwa mereka yang telah ditangkap atas tuduhan merancang pembunuhan ke atas saya. Sekiranya mereka benar-benar mahu membunuh saya, saya akan tetap memaafkan mereka."...Allahu Akbar !
No comments:
Post a Comment