*Berikut adalah ringkasan temuramah dengan Ahli Parlimen Hizbullah Lebanon, Mohammad Ra'ad baru-baru ini :
- Sebagaimana banyak perkara yang dinilai mustahil namun bertukar menjadi kenyataan, maka pembebasan Baitul Maqdis dari belenggu Regim Zionis Israel pasti akan turut menjadi sebuah kenyataan. Regim Zionis dan kebanyakan pihak menyangka bahawa beberapa peristiwa seperti pembebasan Lebanon Selatan, kekalahan tentera Israel dan pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza adalah mustahil terjadi. Namun hakikatnya, semua itu telah benar-benar terjadi.
- Melalui pengisytiharan hari Jumat terakhir di bulan Ramadan sebagai 'Hari al-Quds Sedunia', Imam Khomeini (qs) telah mewasiatkan tanggungjawab ummat Islam sedunia untuk membebaskan Baitul Maqdis yang merupakan sebahagian dari tugas mereka. Ketika ini, kita dikejutkan dengan demonstrasi jutaan ummat Islam di seluruh penjuru dunia pada Hari al-Quds. Ini merupakan hasil dari langkah revolusioner dan bersejarah yang dilakukan oleh Imam Khomeini (qs).
- Pengusiran 5 juta orang rakyat Palestin dari negara nenek moyang mereka dan tekanan ke atas negara-negara yang sanggup membela dan memberi tempat perlindungan kepada para pelarian Palestin adalah sebahagian dari kesan penjajahan Zionis Israel ke atas Palestin sejak 60 tahun yang lalu.
- Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa hendaklah segera bertindak bagi melaksanakan resolusi yang antara isi kandungannya mengakui hak kepulangan para pelarian Palestin ke tanah air mereka.
No comments:
Post a Comment