Monday, September 8, 2008

HASAN NASRULLAH : HIZBULLAH ADALAH PEMBELA UMMAT ISLAM & KRISTIAN

Pemimpin Tertinggi Hizbullah Lebanon, Hujjatul Islam Sayyid Hasan Nasrullah menegaskan bahawa gerakan Hizbullah adalah pelindung kepada ummat Islam dan Kristian khususnya di Lebanon. Jelasnya, senjata pejuang Islam Hizbullah terbukti hanya sekadar mensasarkan regim Zionis Israel sebagai musuh.
Tambah beliau, Hizbullah Lebanon mendukung sebarang usaha untuk memadamkan api fitnah di Lebanon. Beliau turut menjelaskan, rundingan dengan tokoh-tokoh Salafi (baca : Wahabi)bukan bertujuan untuk mempengaruhi masyarakat Ahlus Sunnah. Katanya, "Kami mempunyai hubungan yang amat baik dengan masyarakat Ahlus Sunnah dan sentiasa mendukung segala usaha untuk mencapai kesepakatan kedua belah pihak."
Tegasnya lagi, " 'Muqowamah' (penentangan) bukanlah sebuah program dalaman Hizbullah, bahkan merupakan sebuah kekuatan Lebanon dan dunia Arab."



No comments: