GENEVA - Persidangan anti perkauman Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) telah berlangsung dalam keadaan kelam-kabut baru-baru ini, di tengah-tengah pemulauan Barat dan kebimbangan bahawa Presiden Iran akan menggunakan sidang itu bagi melancarkan serangan hebat dalam bentuk kecaman terhadap Israel.
Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad yang sebelum ini mendesak Israel 'dihapuskan dari peta dunia' dan menyifatkan negara kejam itu sebagai satu 'dongeng', merupakan antara pemimpin negara yang menghadiri sidang tersebut.
Sebelum berlepas ke Switzerland, Ahmadinejad yang bakal menghadapi pilihan raya Presiden pada Jun ini, berkata, 'ideologi dan rejim Zionis merupakan pembawa kepada fahaman perkauman'.
Persidangan lima hari di Geneva itu menyusul selepas Israel menyifatkannya sebagai 'sandiwara palsu'. Kongres Yahudi Eropah yang berpangkalan di Paris dalam satu kenyataan berkata, kehadiran Ahmadinejad bermakna PBB telah 'meletakkan musang bagi mengawal reban ayam'.
Keputusan Amerika Syarikat, yang menyertai Kanada dan Israel untuk tidak hadir ke persidangan itu, bertambah hebat selepas Australia, Jerman, Itali, Belanda dan New Zealand turut mengikuti jejak yang sama.
''Ia sangat disesali, kami tidak yakin persidangan ini tidak digunakan sebagai platform untuk menyuarakan pandangan yang menyakitkan hati, termasuk pandangan anti-Semitik (Yahudi),'' kata Menteri Luar Australia, Stephen Smith.
Presiden Amerika, Barack Obama mempertahankan pendirian Washington itu dengan berkata, sungguhpun ada perkembangan dalam rundingan yang diadakan, ulasan anti-Israel dalam kenyataan draf akhir 'selalunya hipokrit dan tidak produktif'.
''Jika ada satu permulaan yang bersih dan baru, kita sedia untuk hadir ke mesyuarat akan datang,'' katanya kepada pemberita di Sidang Kemuncak Benua Amerika di Trinidad baru-baru ini. Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan penyatuan terhadap hak asasi manusia antarabangsa apabila Britain, Perancis dan Ireland menghadiri sidang tersebut.

No comments:
Post a Comment