GENEVA – Perdebatan antara kumpulan-kumpulan hak asasi manusia Palestin mula berubah dengan pelantikan Richard Goldstone, seorang Yahudi yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel bagi mengetuai siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap kekejaman yang dilakukan semasa perang Israel terhadap Hamas baru-baru ini.
Goldstone, 70, yang pernah memainkan peranan penting dalam kempen menentang dasar aparteid di tanah kelahirannya, Afrika Selatan, mula menonjol pada 1994 apabila beliau dilantik sebagai ketua pendakwaan PBB untuk jenayah perang.
Kini beliau akan beralih kepada pertikaian Israel-Palestin dan PBB memintanya menyiasat tentang perang tiga minggu yang telah mengorbankan lebih 1,000 rakyat Palestin apabila Israel melancarkan serangan besar-besaran bagi menghentikan serangan roket Hamas yang juga telah membunuh 20 rakyat Israel.
Siasatan yang dituntut oleh Majlis Hak Asasi Manusia 47 negara itu sebelum ini hanya bertujuan menyiasat tentang tindakan Israel, namun Goldstone tidak menerima tugasan itu sehinggalah Presiden majlis tersebut, Martin Uhomoibhi berkata, siasatan akan turut melibatkan tindakan Palestin.
Ditanya apakah perasaannya sebagai seorang Yahudi yang mengetuai siasatan melibatkan Israel, beliau berkata, "Saya sangat terkejut dengan pelantikan ini. Saya akan memberi perhatian yang dalam kepada Israel, tentang apa yang berlaku di negara itu dan saya juga bergaul dengan organisasi-organisasi yang bekerja di Israel." Beliau bagaimanapun berkata akan berpegang kepada reputasinya yang adil.
Israel sebelum ini membantah siasatan Majlis Hak Asasi Manusia dengan menyifatkan ia sebagai berat sebelah dan pegawai Israel turut berkata, kerajaannya tidak akan bekerjasama dengan siasatan Goldstone kerana negara itu tidak yakin terhadap majlis PBB itu.

No comments:
Post a Comment