Sunday, May 3, 2009

IRAN TIDAK TAKUT ANCAMAN AMERIKA SYARIKAT

TEHERAN - Iran tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan petrol sekalipun jika Amerika Syarikat mengenakan sekatan terhadap syarikat yang membekalkan bahan api itu kepada negara tersebut.
Sejumlah 25 senator Amerika Syarikat daripada kedua-dua parti, baru-baru ini mencadangkan supaya Presiden Barack Obama diberi kuasa baru dalam pertikaian mengenai program nuklear Teheran, iaitu kuasa untuk mengenakan sekatan ke atas syarikat yang membekalkan petrol kepada Iran.
Iran sudah pasti dapat mengatasi sebarang langkah sekatan yang diambil oleh AS, kata pengarah eksekutif bagi hal-ehwal antarabangsa di National Iranian Oil Co (NIOC), Ali Asghar Arshi.
"Kami boleh menangani masalah itu, kami ada alternatif dan kami boleh melakukan sesuatu berhubung penggunaan dan pengeluaran petrol. Pasaran sangat besar dan bukan dikuasai oleh segelintir syarikat," katanya.
Iran ialah pengeksport minyak keempat terbesar di dunia tetapi disebabkan kekurangan kapasiti penapisan untuk memenuhi permintaan domestik, ia banyak bergantung kepada import antarabangsa bagi memastikan bekalan kepada pengguna mencukupi.
Setiausaha Negara Amerika, Hillary Rodham Clinton baru-baru ini mengancam untuk mengenakan sekatan 'yang melumpuhkan' ke atas Iran jika ia tidak menghentikan program nuklearnya.

No comments: