Saturday, May 2, 2009

HILLARY GESA PILIHAN RAYA LEBANON TELUS

BEIRUT - Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menggesa rakyat Lebanon supaya mengadakan pilihan raya pada Jun ini, secara 'terbuka dan bebas' tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.
Hillary tiba di Beirut secara mengejut baru-baru ini bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Michel Suleiman, beberapa minggu sebelum rakyat Lebanon mengundi pada pilihan raya umum, yang menyaksikan pertembungan antara pakatan yang disokong barat menentang pakatan Hizbullah dan sekutu-sekutunya yang disokong Syria dan Iran.
"Rakyat Lebanon mesti memilih wakil-wakil mereka sendiri secara terbuka melalui pilihan raya secara adil, tanpa anasir keganasan atau ugutan dan bebas dari campur tangan luar," kata Hillary dalam kenyataan bertulis yang diedarkan kepada wartawan di dalam kapal terbang.
"Di sebalik pilihan raya ini, kita akan terus menyokong suara-suara kesederhanaan di Lebanon, dan institusi dipertanggungjawab oleh kerajaan Lebanon yang bekerja keras untuk membangunkan negara ini," katanya.
Pegawai Kanan Jabatan Negeri memberitahu, satu daripada objektif utama Hillary adalah untuk menenangkan rakyat Lebanon di atas usaha Amerika untuk menarik Syria dan Iran supaya tidak mengeluarkan perbelanjaan mereka ketika pilihan raya ini.
Syria dan Iran adalah penyokong kuat Hizbullah, gerakan yang menentang Israel pada 2006 dan mempunyai wakil dalam kerajaan Lebanon dan parlimen sehingga hari ini.

No comments: