Sunday, May 3, 2009

IRAN AKUR PERJANJIAN PALESTIN

WASHINGTON - Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad berkata, 'Kami tidak ada masalah' jika Palestin mencapai perjanjian damai 'dua negara' dengan Israel sekalipun beliau menentang keras negara Yahudi itu.
Ahmadinejad dalam wawancara yang disiarkan oleh stesen televisyen Amerika Syarikat, ABC baru-baru ini juga nampak tidak berpuas hati dengan kegagalan Presiden Barack Obama sehingga kini untuk membalas mesej ucapan tahniah daripada beliau kerana dipilih menduduki White House.
Presiden Iran itu membidas sokongan Obama terhadap pembunuhan beramai-ramai penduduk Genting Gaza serta penjenayah yang bertanggungjawab melakukan kekejaman itu.
Ahmadinejad telah mencetuskan kontroversi dengan membuat kenyataan anti-Israel pada persidangan mengenai sikap perkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, baru-baru ini.
Namun, setelah menggesa supaya Israel dilenyapkan dari peta dunia, beliau kelihatan melembutkan pendirian dengan menyokong hak rakyat Palestin untuk mencapai perjanjian yang membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin merdeka bersebelahan negara Yahudi itu.
"Apa jua keputusan yang mereka ambil tidak menjadi masalah bagi kami. Kami tidak menentukan segala- galanya," kata beliau.

No comments: