
"Dengan pengiktirafan ini, Unisel akan meningkatkan aktiviti promosi ke Iran dan menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti di sana dalam usaha mengukuhkan hubungan pendidikan kedua-dua pihak," katanya selepas majlis penyerahan surat pengiktirafan di Unisel, Selangor baru-baru ini. Turut hadir, Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.
Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Pelajar Iran bagi Rantau Pasifik Selatan, Dr Vahid, berkata setakat ini 22 universiti di Malaysia menerima pengiktirafan kerajaan Iran sebagai lokasi pilihan pelajarnya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dan pasca ijazah. "Pemilihan Unisel berikutan universiti itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebanyak 87 program yang ditawarkan Unisel memenuhi kriteria serta diiktiraf kerajaan Iran," katanya.
Menurutnya lagi, Unisel turut dijemput mengadakan promosi pendidikan di Iran pada Jun atau Julai ini. "Iran kini sedang giat memberi galakan kepada rakyat untuk mencari ilmu termasuk di luar negara itu. Dalam jangka panjang, kami berharap mengadakan kolaborasi dengan beberapa universiti di Iran, lawatan pertukaran tenaga akademik, pelajar dan penyelidik bagi memantapkan mutu pendidikan kedua-dua negara," katanya.
Selain Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia antara negara yang kini menjadi tumpuan pelajar Iran bagi melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
No comments:
Post a Comment