Tuesday, May 5, 2009

IRAN BELI SISTEM PERTAHANAN UDARA RUSIA

*Gambar : Iran melancarkan ujian peluru berpandu di satu lokasi rahsia tahun lalu.

MOSCOW - Seorang pegawai kanan pertahanan Rusia mengesahkan bahawa satu kontrak menjual sistem peluru berpandu pertahanan udara kepada Iran telah dimeterai dua tahun lalu. Bagaimanapun, pegawai berkenaan memberitahu bahawa sehingga kini, senjata itu masih belum dihantar kepada Iran.
Pegawai-pegawai Rusia sebelum ini berulang kali menafikan negara itu membekalkan sejumlah peluru berpandu jenis S-300 kepada Iran. Pada masa yang sama, mereka enggan mengesahkan bahawa kontrak bagi tujuan itu wujud.
Pembekalan peluru berpandu S-300s kepada Iran boleh menggugat imbangan ketenteraan di Asia Barat dan isu tersebut menjadi perdebatan hangat di kalangan diplomat selama beberapa bulan.
Israel dan Amerika Syarikat bimbang Iran akan menggunakan sistem peluru berpandu itu untuk melindungi kemudahan nuklearnya termasuk loji pengayaan uranium di Natanz sekali gus menjadikannya sukar untuk dimusnahkan.
Punca penangguhan penghantaran peluru berpandu itu masih belum diketahui tetapi sumber menyatakan pelaksanaan kontrak itu adalah berdasarkan keadaan semasa global serta keputusan eksekutif negara.
Seorang penganalisis politik, Ruslan Pukhov berkata, kontrak penjualan peluru berpandu itu lebih bermotifkan politik daripada komersial.

No comments: