Saturday, May 2, 2009

OBAMA KECEWA DENGAN IRAN

TEHERAN – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menyuarakan kekecewaan mendalamnya terhadap keputusan Iran yang menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas seorang wartawan Iran-Amerika ekoran dakwaan menjadi mengintip bagi pihak Amerika.
*Gambar : Roxana Saberi.
Keputusan terhadap Roxana Saberi, 31, yang juga bekas ratu cantik Amerika itu, merupakan hukuman paling berat pernah dijatuhkan terhadap individu dengan dua kerakyatan bagi dakwaan keselamatan di Iran dan ia dibuat selepas beberapa minggu Obama menyarankan hubungan yang lebih baik dengan Teheran.
"Obama sangat kecewa dengan berita ini. Ingatan dan doa beliau sentiasa bersama Roxana serta keluarganya. Apa yang penting sekarang ialah situasi ini perlu dipulihkan. Kami akan mengambil berat tentang perkara ini," kata jurucakap Presiden itu, Robert Gibbs di Trinidad, di mana Obama sedang menghadiri satu sidang kemuncak Amerika.
Hukuman itu yang diputuskan baru-baru ini, dibuat beberapa minggu selepas Obama mengeluarkan satu mesej kepada rakyat negara itu semasa sambutan Tahun Baru Iran. Roxana ditahan sejak Januari lalu di penjara Evin, di Teheran, atas dakwaan asal membeli minuman keras iaitu satu tindakan yang salah di sisi undang-undang di negara Islam tersebut.
Dia kemudian didakwa atas tuduhan mengintip dan dihadapkan ke mahkamah. Dakwaan pengintipan itu yang disifatkan oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika sebagai ‘tidak berasas’ boleh membawa kepada hukuman mati. Peguam Roxana, Abdolsamad Khoramshahi berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan.

No comments: