Tuesday, May 5, 2009

MOGOK LAPAR : ROXANA DIRAWAT DI KLINIK PENJARA EVIN

*Gambar : Roxana Saberi.
KAHERAH - Wartawan Amerika Syarikat, Roxana Saberi yang melancarkan mogok lapar sejak dua minggu lalu kerana membantah hukuman penjara ke atasnya di Iran, terpaksa diberi rawatan baru-baru ini, selepas keadaannya lemah kerana enggan minum air.
Menurut laporan sebuah kumpulan kebebasan media, Reporters Without Borders, Roxana, 32, terpaksa dibawa ke sebuah klinik di penjara Evin, Teheran, Iran tempat dia menjalani hukuman penjara sejak ditahan pada Januari lalu. Roxana, bagaimanapun dibenarkan keluar daripada klinik itu selepas dia bersetuju mengambil minuman.
Menurut laporan kumpulan itu, Reza Saberi, ayah Roxana memberitahu mereka bahawa anaknya mula berhenti minum air selepas pihak berkuasa Iran didakwa menafikan mogok lapar yang dilancarkan anaknya.
''Berikutan itu, dia mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang makanan dan minuman. Jadi, dia sangat lemah dan terpaksa dibawa ke klinik di penjara itu, tapi dia dirawat di klinik itu tidak lebih sehari,'' kata Soazig Dollet dari Reporters Without Borders.
Pada bulan lalu, Reza berkata, anaknya hanya minum air manis dan enggan mengambil sebarang makanan sebagai membantah hukuman penjara selama lapan tahun yang dikenakan ke atasnya atas tuduhan menjadi pengintip bagi pihak Amerika.
Roxana ditahan sejak Januari atas dakwaan asal membeli minuman keras iaitu satu tindakan yang salah di sisi undang-undang Islam di Republik Islam itu. Dia kemudian didakwa atas tuduhan mengintip dan dihadapkan ke mahkamah April lalu
.

No comments: