'Kebab' (atau di sesetengah tempat disebut sebagai kabab, kebob, kabob, kibob, kebhav atau kephav) merujuk kepada hidangan pelbagai jenis daging yang dilumur dengan rempah tertentu dan dicucuk pada sebatang besi lalu dipanggang.
Menurut sejarah, 'kebab' mula sekali dihasilkan di Turki, yang mana askar di situ menghasilkannya dengan mencucuk daging pada pedang mereka lalu dipanggang pada api yang membakar kawasan padang rumput. Sehinggalah resipi ini dibawa ke seluruh pelosok negara Asia Barat, Mediterranean, Asia Selatan dan Afrika, pelbagai versi dihasilkan dari generasi ke generasi sehinggalah kini ia popular di seluruh dunia.

Kesempatan berkunjung ke Restoran Taktaz yang menghidangkan masakan Iran dan Parsi, pasti rambang mata untuk memilih 'kebab' yang terdapat di sini. Pemiliknya, Ali Amini berkata, masyarakat Iran sangat menggemari 'kebab' yang dimakan bersama nasi saffron atau roti dan hidangan ini agak berbeza daripada hidangan negara Asia Barat yang lain terutama dari segi rasanya yang lebih berperisa.
"Hidangan Iran atau lebih sesuai disebut Parsi adalah kombinasi klasik dan menyihatkan. Setiap hidangan pasti dinikmati bersama salad segar, minyak zaitun dan juga yogurt," katanya yang sudah sembilan tahun menetap di Malaysia.
Ali yang pernah bertugas sebagai tukang masak di beberapa hotel terkenal di Iran dan juga kedutaan Iran di Malaysia sentiasa memastikan hidangan yang dihasilkannya asli dan menepati cita rasa pelanggan.
"Setiap bahan seperti saffron (yang sangat mahal dan sukar didapati), beras, rempah dan herba tertentu diimport dari Asia Barat bagi mengekalkan keaslian hidangan," ujarnya.
Antara hidangan yang lazat ialah pembuka selera 'kashk o bazenjan' (terung hancur dimasak bersama rempah khas). Ia sangat enak dimakan dengan roti. Hidangan lain yanh boleh dicuba ialah 'Juje kebab' (anak ayam), 'koobideh kebab' (kambing), 'bakhtiary kebab' (kambing campur ayam) dan 'koobideh murgh' (ayam campur sayur-sayuran). Keenakan hidangan ini terletak pada tekstur dagingnya yang lembut dan berperisa, tambahan pula tatkala ia dinikmati bersama hidangan nasi saffron yang enak.

Menurut Ali, nasi ini dimasak dua kali iaitu kali pertama dimasak bersama air dan selepas beberapa ketika airnya dibuang. Kemudian ia dimasak sekali lagi, bagi menghasilkan tekstur nasi yang halus, tidak melekit dan enak. Nasi saffron juga enak andai digaul bersama mentega ketika masih panas untuk rasa lemak-lemak masin dan rasanya tidak ubah seperti nasi minyak namun teksturnya berbeza.
Semangkuk salad segar untuk hidangan yang seimbang dan jangan lupa mencuba 'mastokhiar' iaitu salad yogurt yang memberi kelainan rasa.
Mengenai minuman, boleh mencuba minuman malt tanpa alkohol yang juga digelar 'bir halal'. Atau seteko teh pudina panas pasti memberi kepuasan setiap kali menghirupnya. Ada cara tersendiri menikmati teh ini yang mana ia disediakan tanpa gula. Menurut Ali, masyarakat Iran menikmati teh pudina dengan cara memasukkan kiub gula terlebih dahulu ke dalam mulut, kemudian baru meneguk teh yang masih panas.
Dalam pada itu, kata Ali, 'Taktaz' dalam bahasa Parsi bermaksud 'penunggang unik'. Sesuai dengan nama, pastinya restoran ini mempunyai keunikan tersendiri untuk dikunjungi. Jom kita ke sana!!!

Alamat : TAKTAZ RESTAURANT, No.B-G-3, Block B, Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor. (Tel : 03-89413364)
1 comment:
salam, saya adalah empunya facebook 1001resepi...saya rasa dukacita kerana anda simply mengiklankan restoran anda di page saya tanpa meminta kebenaran dari tuan punyanya terlebih dahulu...halalkah cara anda mencari rezki begitu...bukan mudah untuk saya kumpulkan fan hingga sebegitu banyak...if you want to advertise your business please do it dengan cara yang diredhai...jangan hanya pandai menulis tentang agama tetapi tidak tahu mengaplikasikannya...:(
Post a Comment