
"Mereka sedang membuat persediaan menyambut hari 'Asyura," kata sumber berkenaan.
Serangan berlaku selepas beberapa hari tentera Amerika Syarikat meneruskan mandat Iraq supaya terus berada di negara itu. Ekoran tentera Amerika mula mengurangkan aktivitinya, tentera Iraq kini memikul tanggungjawab lebih besar bagi menjaga keselamatan negara. Keganasan telah menurun secara mendadak tetapi serangan bom berani mati oleh pejuang pemisah kerap berlaku.
Hari 'Asyura disambut setiap tahun oleh para pengikut mazhab Ahlul Bait bagi memperingati ulangtahun kesyahidan Imam Husain bin Ali bin Abi Thalib (as), iaitu cucu lelaki kepada Nabi Muhammad (saw) yang telah dibunuh dengan kejam oleh tentera-tentera Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufian dalam peperangan di Karbala, Iraq.
No comments:
Post a Comment