
Menteri Buruh, Mohammed Fneish yang merupakan wakil tunggal Hizbullah dalam kerajaan Lebanon berkata, pergerakan itu tidak terlibat dengan serangan roket tersebut.
"Semua orang tahu, Hizbullah tidak pernah teragak-agak untuk mengaku bertanggungjawab terhadap sebarang tindakannya," kata beliau.
Israel melaporkan bahawa tiga roket Katyusha telah mengenai sasaran di sekitar pekan Nahariya, utara Israel menyebabkan dua warganya cedera ringan. Tentera Zionis kemudian membalas serangan tersebut dengan membedil tapak pelancaran roket itu.
No comments:
Post a Comment