Monday, January 5, 2009

ZIONIS TERUS MENGGANAS

*Gambar : Seorang kanak-kanak meraung kesakitan sewaktu dikejarkan ke hospital oleh pasukan penyelamat di Genting Gaza.
GAZA CITY - Serangan tentera Israel yang dilancarkan dari udara, laut dan darat masuk hari ke-10 dan memusnahkan rumah, masjid serta terowong di bandar ini. Serangan membabi-buta itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh kanak-kanak dan enam orang dewasa terkorban.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, pihaknya akan terus melancarkan serangan sehingga mencapai matlamat untuk 'menyaksikan keamanan dan kemakmuran' di wilayah selatan negaranya. Beliau merujuk kepada kawasan selatan Israel yang kerap menjadi sasaran bedilan roket pejuang Hamas.
Sementara itu, seorang pegawai kesihatan di Gaza, Dr. Moaiya Hassanain berkata, jumlah kematian kini mencecah 524 orang manakala lebih 2,500 lagi cedera sejak serangan itu dilancarkan pada 27 Disember lalu.
*Gambar : Meratap...seorang lelaki Palestin meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza.

"Serangan terbaru hari ini menyebabkan 13 orang terbunuh termasuk tiga adik-beradik yang rumah mereka dibedil sementara empat lagi kanak-kanak terbunuh akibat serangan peluru berpandu rejim Zionis," katanya.
Tentera Israel telah merampas kawasan kurang penduduk di utara Genting Gaza dan kini mula memasuki Gaza City.
Seorang saksi, Mohammed Salmai, 29, berkata, tiga bangunan enam tingkat di pinggir Bandar Gaza telah diambil alih oleh tentera Israel dan mereka mengunci penduduk yang berada di bangunan itu di dalam bilik-bilik dan merampas telefon mereka.
"Tentera Israel melepaskan tembakan ke semua arah. Kami hanya sempat mengambil pakaian untuk memanaskan badan dan berdoa agar dilindungi Tuhan," katanya.

No comments: