Saturday, January 3, 2009

HIZBULLAH SELAR PEMIMPIN ARAB KERANA GAGAL BERTINDAK

BEIRUT - Pemimpin Tertinggi Hizbullah yang berpangkalan di Lebanon menyelar para pemimpin dunia Arab kerana gagal bertindak untuk menghentikan serangan Israel ke atas Genting Gaza.
Hujjatul Islam Sayyid Hasan Nasrullah berkata, keputusan Menteri Luar Arab yang memutuskan untuk merujuk isu serangan berkenaan ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah sesuatu yang sangat tidak wajar.
"Ia akan memberikan lebih banyak masa kepada tentera Israel untuk bertindak lebih kejam dan menghancurkan Hamas dan seluruh Gaza," katanya. Beliau berkata demikian dari sebuah lokasi rahsia di Beirut.
Serangan udara Israel ke atas Genting Gaza sehingga kini telah mengorbankan lebih 430 rakyat Palestin dan meningkatkan kemarahan seluruh dunia Arab dan juga masyarakat antarabangsa.

No comments: