Sunday, January 4, 2009

TENTERA ISRAEL TERUS GEMPUR HAMAS DI GAZA

GAZA – Tentera Israel menggempur Hamas di Bandar Gaza dengan kereta kebal, meriam dan serangan udara menjadikan jumlah kematian mencecah 510 orang setakat ini. Tentera Israel memasuki pinggir Bandar Gaza menyebabkan orang awam lari menyelamatkan diri dan bersembunyi.
Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin terbunuh sejak serangan darat dilancarkan oleh rejim Zionis itu sejak 3 Jan yang lepas.
Jurucakap Israel berkata, seorang tentera mereka terbunuh manakala 19 lagi cedera ekoran serangan balas daripada pihak Hamas.
Menurut saksi, kereta kebal Israel telah memutuskan hubungan Bandar Gaza dengan kawasan luar yang akan menghalang kemasukan senjata, bekalan dan pejuang-pejuang daripada selatan.

No comments: