
Kumpulan pergerakan Islam itu dalam laman webnya meminta penduduk Palestin supaya mengadakan 'perarakan raksasa' selepas solat Jumaat bermula dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis dan juga dari semua masjid di Tebing Barat.
"Kita jadikan hari Jumaat ini sebagai hari perpaduan dengan saudara kita di Gaza dan hari kemarahan terhadap penjajahan zionis dan pendudukannya," tegas laman web tersebut.
Hamas yang memerintah Gaza sejak mengalahkan Fatah yang dipimpin oleh Presiden Mahmoud Abbas pada Jun 2008 yang lalu, kini berdepan dengan serangan Israel yang telah masuk hari ketujuh.
No comments:
Post a Comment