Saturday, January 3, 2009

MEMALUKAN! DUTA PALESTIN DI MALAYSIA ARAH TURUNKAN SEMUA GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN HAMAS

Ulasan Abu Wajihah :

1-Tindakan Duta Palestin mengarahkan supaya semua gambar yang berkaitan dengan Hamas diturunkan sewaktu demonstrasi anti-Israel anjuran Pemuda UMNO Malaysia sedang berlangsung amat memalukan di saat ummat Islam di Gaza terus diganyang dan dizalimi oleh Zionis Israel. Ianya sedikit pun tidak menggambarkan perpaduan utuh yang seharusnya dibina di sisi semua pihak termasuklah pihak yang bertelagah. Ia turut menjadi bukti bahawa Duta yang mewakili Parti Fatah itu selesa dengan perkembangan terkini di Gaza kerana ia membuka ruang yang luas buat Parti Fatah berkuasa semula.

2-Timbul pertanyaan, kenapa bantuan sebanyak RM100,000 itu diserahkan kepada wakil Parti Fatah dan tidak diserahkan terus kepada wakil ummat Islam di Gaza? Tidakkah mereka sedar bahawa bantuan itu pasti akan masuk ke kantung Parti Fatah?

3-Kenapa demonstrasi itu dianjurkan di Kedutaan Palestin dan tidak di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat?

No comments: