Monday, January 5, 2009

AMERIKA SYARIKAT TIDAK PERNAH JUJUR - ALI KHAMENEI

TEHERAN - Iran memberi peringatan kepada kerajaan Iraq bahawa Amerika Syarikat adalah negara yang selalu memungkiri janji. Pemimpin tertinggi Republik Islam Iran, Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei memberi peringatan itu ketika menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki selepas Baghdad membenarkan lebih 140,000 tentera Amerika Syarikat terus berada di negara itu.
Beliau berkata, kerajaan Amerika amat licik dan akan terus berusaha mengukuhkan dominasinya dan mengaut semua sumber di negara itu.
Mengulas mengenai perjanjian keselamatan Amerika Syarikat-Iraq, beliau berkata, Amerika kerap menjadi pengkhianat dan tidak pernah menjalinkan hubungan yang ikhlas walaupun dengan pakatannya.
Beliau turut menyalahkan tentera Amerika dan Britain sebagai punca berlakunya keganasan di Iraq. "Kehadiran kuasa-kuasa Amerika dan Britian di Iraq adalah sumber utama pelbagai masalah termasuk keganasan yang tercetus di negara itu,'' katanya.
Amerika Syarikat memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Iran selepas Revolusi Islam 1979 dan kini mempertikaikan program nuklear negara itu.

No comments: