Wednesday, January 7, 2009

635 PENDUDUK PALESTIN MAUT

*Gambar : Seorang kanak-kanak Palestin mati akibat tertimbus selepas tentera Israel meranapkan rumah milik sebuah keluarga di Genting Gaza.
BANDAR GAZA - Jumlah korban penduduk Palestin meningkat kepada 635 orang selepas tentera Israel memperhebatkan serangan di Genting Gaza.
Dalam kejadian terkini, seramai 40 penduduk Palestin maut selepas helikopter Israel mengebom dua buah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satunya padat dengan penduduk yang berlindung.
Dua penduduk Palestin terbunuh selepas sebutir peluru meriam meranapkan sebuah sekolah di Khan Yunis dan tiga lagi maut selepas sebuah lagi sekolah kem pelarian Shati turut menjadi sasaran serangan udara tentera Israel.

*Gambar : Dua askar Yahudi melihat sebuah kereta kebal tentera Israel membedil ke arah Genting Gaza.

Operasi ketenteraan bagi menghentikan serangan roket Hamas itu masuk hari ke-11. Sejumlah kereta kebal dan helikopter penggempur tentera Israel terus mengebom beberapa bandar di Genting Gaza.
Askar-askar Israel pula bertempur dengan pejuang-pejuang Hamas di lorong-lorong Bandar Gaza dan pertempuran itu dianggap paling sengit sejak operasi rejim Zionis bermula. Sekurang-kurangnya lima roket dilancarkan dari Gaza ke wilayah Israel termasuk sebuah yang mengenai bandar Gadera 28 kilometer dari Tel Aviv.

No comments: