Saturday, January 3, 2009

LAUNGAN 'JAHANAM ISRAEL' BERKUMANDANG DI MASJID NEGARA

KUALA LUMPUR - Api kemarahan dan kebangkitan ummat Islam meledak ke seluruh negara dan pelusuk dunia membantah sikap 'kebinatangan' Israel membunuh dengan kejam penduduk Palestin sehingga mengorbankan lebih 400 nyawa sehingga kini.
Bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 2 Januari 2009 menyaksikan sejumlah 500 ummat Islam berkumpul menyertai Himpunan Aman Palestin sambil meluahkan rasa amarah yang tidak berkesudahan kepada rejim zionis Israel itu sambil menggesa negara-negara Islam mengambil tindakan drastik bagi mengelak pertumpahan darah berlaku lagi yang bermula sejak 60 tahun lalu tanpa henti. Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan, antaranya 'Support Palestine' di samping laungan penuh benci orang ramai seperti 'Jahanam Israel!' 'Hancur Yahudi!' berkumandang di pekarangan masjid tersebut yang turut menarik perhatian kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di bulatan berhampiran pintu masuk masjid.
Himpunan tersebut diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub bersama pimpinan PAS dan NGO yang lain seperti Ketua Pemuda PAS Wilayah Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin dan jemaah Ahlul Bait Malaysia yang diwakili oleh Hauzah Imam Redha(as), Hauzah al-Hujjah dan Hauzah Ummu Abiha.
Sungguhpun terdapat sejumlah 50 anggota polis, kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.
Pada 30 Disember lalu, Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu telah menghantar memo bantahan kepada wakil kedutaan Amerika dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.
Dilaporkan setakat ini seramai 420 orang telah terbunuh dan hampir 2000 orang cedera akibat kebiadapan Israel yang melakukan serangan di Gaza sejak 27 Disember yang lalu. Dalam pada itu, sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringankan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke 'Tabung Palestin' di nombor akaun Maybank '564070703248' atas nama 'PARTI ISLAM SEMALAYSIA'.

No comments: