Monday, January 5, 2009

ISRAEL BINA MODEL GAZA CITY UNTUK LATIHAN PERANG


BAITULMAQDIS - Tentera Israel dilaporkan menjalani latihan serangan darat ke atas Gaza sejak 18 bulan lalu dengan menggunakan model bandar yang dibina di padang pasir.
Jurucakap tentera, Avi Benayahou berkata, askar rejim Zionis telah memahami selok-belok Gaza City dan daerah sekitarnya menerusi latihan itu. "Askar kami dilatih sejak lebih setahun lalu dengan menjadikan model Gaza City yang dibina di pangkalan Tsehilim di padang pasir Negev,'' katanya. Kawasan itu terletak di selatan Israel dan berdekatan dengan Gaza.
"Kami berjaya memusnahkan sebahagian besar kubu utama Hamas tetapi kami akan terus menyerang dan ia akan mengambil masa," tegasnya.

No comments: