*Gambar : Lagi mangsa kezaliman Zionis...Dua kanak-kanak Palestin yang cedera parah dalam serangan terbaru tentera Israel di Khan Younis, Gaza dirawat di hospital bandar itu.
BEIRUT – Pemimpin Hamas yang hidup dalam buangan di Damsyik, Khaled Mesh'aal menolak syarat Israel untuk mengadakan gencatan senjata jangka panjang dengan pergerakan pejuang Palestin itu.
Khaled berkata, Hamas tidak akan menerima syarat Israel yang akan membuka pintu sempadan ke Genting Gaza hanya selepas Hamas membebaskan seorang askar Israel yang ditawan oleh pejuang Palestin di Gaza pada Jun 2006.
“Kami dimaklumkan baru-baru ini tentang syarat-syarat Israel untuk mewujudkan gencatan senjata. Kami menolak syarat-syarat itu dan sama sekali tidak akan menerimanya,” kata Khaled.
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, pintu sempadan Gaza 'akan dibuka secara tetap' hanya selepas Sarjan Gilad Shalit dibebaskan.
Khaled mengulangi pendirian Hamas bahawa beribu-ribu tahanan Palestin hendaklah dibebaskan dari penjara Israel sebagai pertukaran dengan Shalit. Hamas enggan mengaitkan pembebasan askar Israel itu dengan pembukaan semula pintu sempadan.
“Sebagai jawapan kepada pembunuh kanak-kanak bernama Olmert, saya dengan nama Hamas dan wira-wira yang menahan Shalit ingin menegaskan bahawa kami tidak akan menerima pembebasan Shalit sebagai syarat pembukaan sempadan,” kata Khaled.
Shalit ditawan dalam satu serangan oleh pejuang Palestin yang bersekutu dengan Hamas ke atas sebuah pos sempadan yang dikawal oleh unit kereta kebal Israel.

No comments:
Post a Comment