GAZA – Hamas turut mengumumkan gencatan senjata membabitkan pejuang mereka dan kumpulan sekutunya di Tebing Gaza. Pemimpin kanan Hamas, Ayman Taha turut memberi masa seminggu kepada Israel untuk mengundurkan tentera mereka.
“Pergerakan Hamas dan sekutu kami mengumumkan gencatan senjata berkuat kuasa serta merta dan memberikan masa selama seminggu untuk tentera Israel berundur dari negara kami. Kami juga menuntut Israel membuka semula pintu sempadan bagi membenarkan penghantaran bantuan yang sangat diperlukan oleh penduduk kami,” kata Ayman.
Israel sebelum ini tidak mengumumkan tarikh khusus bila mereka akan berundur dari Gaza melainkan Hamas segera menghentikan serangan ke wilayah mereka. Dalam pada itu Amerika Syarikat mengalu-alukan gencatan senjata yang dilakukan kedua-dua pihak dan berharap ia akan berterusan.
“Kedua-dua pihak perlu menghormati gencatan senjata ini bagi mengembalikan kestabilan dan kedamaian di Gaza. Amerika menghargai usaha gencatan ini yang dimulakan oleh Mesir namun kami masih bimbang dengan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk di Gaza,” kata Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon turut menyatakan sokongan ke atas gencatan senjata ini dan meminta Israel segera mengundurkan tenteranya.
“Saya berasa lega dengan gencatan senjata ini dan ia merupakan langkah awal kepada pengunduran semua tentera Israel dari Gaza,” kata Ki-moon.

No comments:
Post a Comment