Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad menyampaikan ucapan selamat sempena hari kelahiran Nabi Isa al-Masih (as) dan tahun baru Masehi kepada pemimpin Katolik dunia serta para pemimpin negara-negara Kristian.
Dalam ucapan yang disampaikannya kepada para pemimpin negara-negara Kristian dan Pope Benedict ke-16, beliau menyifatkan Nabi Isa (as) sebagai pembawa berita gembira yang berupa perdamaian, kebebasan dan keadilan.
Sambil menyentuh pelbagai masalah yang sedang dihadapi oleh ummat manusia di seluruh dunia ketika ini , beliau menegaskan bahawa kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa dan ajaran para Nabi adalah penawar sebenar bagi penyakit yang menimpa ummat manusia.
Beliau turut berharap sempena tahun baru yang akan datang, prinsip keadilan dan asas persamaan manusia dapat menjadi pemangkin serta pendorong ke arah peningkatan prinsip-prinsip akhlak dan moral. Melalui pesanan khusus yang ditujukan kepada Pope Benedict ke-16, beliau menyeru ke arah perpaduan ummat beragama dan persiapan untuk menyambut kedatangan 'Penyelamat Dunia'.

No comments:
Post a Comment