Monday, December 1, 2008

TUN DR MAHATHIR KUNJUNGI AHMADINEJAD DI TEHRAN







Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad menyatakan bahawa perkembangan pelaburan bersama antara kerajaan Republik Islam Iran dan Malaysia melambangkan keinginan kedua negara untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala.
Perkara itu dinyatakan oleh Ahmadinejad dalam pertemuannya dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. Sewaktu menyentuh tentang peningkatan pelaburan dan projek kerjasama di kedua buah negara khususnya dalam bidang minyak dan gas, Ahmadinejad turut menekankan betapa pentingnya diperluaskan hubungan dan kerjasama tersebut.
Dalam pertemuan itu, mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad berharap hubungan antara Kuala Lumpur - Tehran dapat ditingkatkan di setiap bidang. Beliau turut menegaskan, sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Barat ke atas Republik Islam Iran justeru telah memacu Iran untuk terus berkembang dan mencapai kemandirian dalam segala aspek.

No comments: