Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad dan Raja Qatar menegaskan betapa pentingnya kerjasama dan usaha negara-negara Islam untuk mencegah rejim Zionis Israel dari terus melakukan keganasan ke atas penduduk Gaza di samping menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang menjadi mangsa.
Menurut laporan akhbar ‘al-'Alam’, dalam perbualan melalui telefon, Dr Mahmoud Ahmadinejad dan Syeikh Hamd Khalifah al-Tsani, selain berbincang tentang tindakan jahat yang bersifat anti-kemanusiaan oleh rejim Zionis di Gaza dan keadaan warga Palestin yang amat membimbangkan, mereka berdua bersetuju betapa perlunya diadakan sidang tergempar OIC bagi mengambil pendirian yang tepat dalam membantu rakyat Palestin.
Para pegawai tinggi kedua negara menyatakan bahawa negara-negara Islam harus menggunakan kaedah yang efektif bagi menekan para penyokong Israel supaya memainkan peranan untuk menghalang rejim Zionis dari terus mengganas dan bermaharajalela di Gaza.
Presiden Republik Islam Iran dan Raja Qatar itu turut mengingatkan bahawa bantuan perubatan dan makanan dari negara-negara OIC untuk membantu warga Palestin, khususnya para penduduk Gaza amat diperlukan segera.

No comments:
Post a Comment