Thursday, December 4, 2008

PARA ULAMA IRAN KECAM TANTAWI KERANA BERJABAT TANGAN DENGAN SHIMON PERES

Beberapa orang ulama yang menjadi ahli parlimen Republik Islam Iran mengecam tindakan Syeikh al-Azhar, Sayyid Mohammed Tantawi yang berjabat tangan dengan Presiden rejim zionis Israel, Shimon Peres dalam Konferensi Dialog Antara Agama di New York baru-baru ini.
Persatuan Ulama Parlimen Republik Islam Iran dalam satu kenyataannya bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin, turut mengecam tindakan berjabat tangan Syeikh al-Azhar, Sayyid Mohammed Tantawi dengan Presiden rejim zionis Israel, Shimon Peres.
Kenyataan itu menyebut, "Tindakan Sayyid Tantawi dengan Peres dalam Konferensi Agama di Amerika Syarikat merupakan sebuah kejahatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat Mesir dan dunia Islam. Peristiwa tersebut juga tidak akan terhapus begitu sahaja dari ingatan ummat Islam. Seluruh ummat Islam tidak akan memaafkan perbuatan hina seperti itu."
Persatuan Ulama Parlimen Iran turut mengutuk kejahatan rejim zionis terhadap rakyat Palestin dan menuntut sokongan para ulama dunia Islam terhadap perjuangan rakyat Palestin serta menentang sebarang usaha perdamaian dengan Israel.

No comments: