Sunday, December 7, 2008

BERSALAM DENGAN PERES : TANTAWI DIGESA BERUNDUR

KAHERAH – Beberapa akhbar pembangkang dan Ahli Parlimen Mesir telah mendesak ulama tertinggi negara itu supaya meletak jawatan kerana bersalaman dengan Presiden Israel pada satu persidangan antarabangsa baru-baru ini.
Media Mesir menyiarkan gambar Syeikh al-Azhar, Mohammed Sayed Tantawi berjabat tangan dengan Shimon Peres hampir setiap hari, sejak kedua-dua mereka bertemu sewaktu dialog antara agama di New York bulan lalu. Siaran gambar turut disertai kritikan lidah pengarang dan ulasan oleh anggota Parlimen.
Akhbar 'al-Osboa' dalam laporannya menyifatkan tangan Peres sebagai berlumuran darah ribuan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat dijajah oleh Zionis Israel.
Akhbar itu turut meminta Syeikh Mohammed agar 'menyucikan kembali tangannya' selepas bersalaman dengan Peres.

No comments: