
Ia merupakan petunjuk terbaru daripada pemimpin-pemimpin negara itu yang berikrar mahu memerangi rasuah yang semakin meningkat di negara itu.
16 orang itu menerima hukuman 10 tahun penjara, sebatan dan denda ketika hukuman diputuskan di sebuah mahkamah. Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila tarikh hukuman sebat itu akan dilaksanakan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu juga tidak dibenarkan lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Kesemua 16 orang itu menerima rasuah sebagai balasan menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk surat kredit kepada peminjam.
No comments:
Post a Comment