
Setelah berjaya menjadi negara yang memiliki teknologi nuklear, Iran akhirnya tersenarai sebagai salah sebuah negara pengeluar senjata. Sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Iran sejak awal revolusi Islam pada hakikatnya telah memacu Iran untuk mengembangkan kemampuannya dalam mengubahsuai senjata-senjata yang dibeli dari negara China, Korea Utara dan pasaran gelap serta kemampuannya menciptakan persenjataan yang canggih.
Beberapa ujian persenjataan yang telah dilakukan oleh Iran telah menarik minat negara-negara yang anti-imperialisme Amerika Syarikat untuk menjadi pembelinya. Salah sebuah negara yang berminat ialah Ecuador. Dalam kunjungannya ke Iran baru-baru ini, Presiden Ecuador, Rafael Correa memaklumkan bahawa negaranya bakal membeli persenjataan dari Iran.
No comments:
Post a Comment