*Gambar (1,2 dan 3 dari atas) : Maqam Imam Ali al-Hadi an-Naqi (as) dan Imam Hasan al-Askari (as) di Samarra', Iraq sebelum diletupkan oleh para pengganas Wahabi.
*Gambar(4, paling bawah) : Maqam kedua Imam itu setelah peristiwa pengeboman tahun 2006.
Nama : Ali (as).
Gelaran : Al-Hadi dan an-Naqi.
Julukan : Abu al-Hasan yang ke-3.
Ayah : Muhammad al-Jawad.
lbu : Sumanah al-Maghrabiyyah.
Tempat Lahir : Madinah al-Munawwarah.
Gelaran : Al-Hadi dan an-Naqi.
Julukan : Abu al-Hasan yang ke-3.
Ayah : Muhammad al-Jawad.
lbu : Sumanah al-Maghrabiyyah.
Tempat Lahir : Madinah al-Munawwarah.
Tarikh Lahir : 15 Zulhijjah / 5 Rejab 212 H.
Tarikh Kesyahidan : 3 Rejab 254 H (Isnin).
Umur : 42 tahun.
Sebab Kematian : Diracun oleh Khalifah al-Mu'tamad al-Abbasi.
Makam : Samarra', Iraq.
Jumlah Anak : 5 orang (4 Lelaki dan seorang perempuan).
Anak Lelaki : Abu Muhammad al-Hasan, al Husain, Muhammad dan Ja’far.
Anak Perempuan : 'Aisyah.

Nama dan gelaran Imam (as) :
Nama sucinya adalah nama yang tercantik seperti nama-nama keluarga Nubuwwah sebelumnya. Baginda dinamakan dengan nama Ali (as). Antara gelaran-gelarannya ialah al-Hadi, Nasihul 'Alam (penasihat alam), al-Faqih, al-Amin, al-Askari, ad-Dalil, al-Fattah, an-Naqi dan al-Murtadha. Namun baginda (as) lebih dikenali dikalangan para pengikutnya dengan gelaran 'al-Hadi'.
Bonda Imam al-Hadi (as) :
Bonda Imam al-Hadi (as) :
Imam Ali al-Hadi (as). adalah anak pertama Imam Jawad (as). Bondanya bernama 'Sumanah' dari keturunan Raja Rom yang telah menjadi tawanan tentera-tentera ummat Islam dan bebas sebagai 'Ummul Walad' serta akhirnya menjadi isteri kepada Imam Jawad (as).
Ilmu Imam Ali al-Hadi (as) :
Gabenor Madinah al-Munawwarah telah memilih seorang ulama pilihannya yang bernama 'Junaidi'. Ketika Junaidi mengajar Imam Ali al-Hadi, dia mendapati Imam Ali al-Hadi merupakan seorang yang sangat pintar dan mempunyai ilmu yang amat luar biasa.
Suatu hari, Muhammad bin Ja’far menemui Junaidi dan bertanya tentang perkembangan Imam Ali al-Hadi. Junaidi menjawab :
“Engkau menyangka beliau seorang kanak-kanak, tetapi sebenarnya beliau adalah seorang yang memiliki 'ilmu ladunni'. Ketika aku membahaskan satu bab ilmu, beliau telah menambahnya dengan ilmu –ilmu yang belum aku pernah mendengarnya sehingga aku pula yang belajar daripadanya. Penduduk Madinah al-Munawwarah menganggap aku mengajar Imam Ali al-Hadi tetapi sebenarnya akulah yang belajar pelbagai ilmu daripadanya.”
Di waktu lain, Muhamaad bin Ja’far bertemu Junaidi dan menanyakan lagi tentang Imam Ali al-Hadi (as). Junaidi menjawab :
“Aku berharap janganlah engkau bertanya berkenaan Imam Ali al-Hadi lagi. Sesungguhnya beliau adalah seorang yang alim dan yang terbaik di antara penduduk Madinah al-Munawwarah. Suatu ketika, sebelum Imam al-Hadi memasuki biliknya, aku memintanya membaca beberapa surah dari al-Quran terlebih dahulu lalu beliau membaca surah yang aku kehendaki itu dan ketika itu beliau membaca dengan bacaan yang amat fasih dan suara yang sungguh merdu sekali. Belum pernah aku mendengar orang membaca al-Quran dengan suara semerdu Imam Ali al-Hadi. Walaupun usianya masih kanak-kanak namun beliau telah pun menghafal keseluruhan ayat al-Quran berserta dengan Asbabun Nuzul (sebab turun ayat) dan tafsirannya sekali. Maha Suci Tuhan yang telah menurunkan ilmu ladunni kepada Imam Ali al-Hadi.”

Mampu Berbicara Dengan Pelbagai Bahasa :
Keupayaan dan kemampuan ilmu para Imam Ahlul Bait adalah berpunca dari wahyu dan ilham yang wujud sejak azali dan tidak dimiliki oleh manusia biasa. Ini kerana mereka membesar di bawah naungan wahyu Ilahi dan bersedia bagi memberi hidayah kepada manusia. Imam Ali al-Hadi (as) sejak kecil lagi sudah memiliki ilmu Ilahi. Dalam beberapa peristiwa, apabila bercakap dengan seorang yang berbangsa Turki, Imam menggunakan bahasa Turki. Ketika Imam (as) berbicara dengan Ali bin Mahziyar al-Ahwazi yang berbangsa Parsi, Imam (as) berbicara dengan bahasa Parsi yang fasih seolah-olah Imam (as) adalah seorang yang berbangsa Parsi.
Cara Hidup Imam Ali al-Hadi (as) :
Imam (as) sentiasa hidup secara sederhana dan sering bergaul dengan masyarakat dengan baik. Imam (as) merupakan contoh dan teladan yang terbaik buat semua. Meskipun Imam (as) adalah seorang pemimpin Islam yang mulia, namun baginda (as) sering kelihatan melakukan kerja-kerja harian seperti berkebun dan sebagainya.
Suatu ketika Ali bin Hamzah meriwayatkan :
"Pada satu hari, saya melihat Imam Ali al-Hadi sedang menyangkul di kebunnya yang ketika itu cuaca begitu panas sekali sehingga peluh membasahi tubuhnya yang suci." Lalu aku menghampirinya dan bertanya, "Kenapa anda bersusah-payah? Di manakah pekerja-pekerja anda?" Imam (as) menjawab, "Inilah pekerjaan mulia yang telah dilaksanakan oleh bapa dan datuk serta nenek moyangku." "Siapakah mereka itu?," tanyaku. Imam (as) menjawab, "Bapaku adalah Imam Muhammad al-Jawad, moyangku adalah Imam Husain (as), Imam Ali (as) dan Rasulullah (saw). Mereka menggunakan tangan mereka yang suci untuk melakukan kerja-kerja di kebun dan ini adalah sunnah Rasul dan para Imam serta pekerjaan orang-orang yang soleh."

Kenapa Mereka Bergelar 'Askari ? :
Imam Ali al-Hadi an-Naqi (as) dan puteranya Imam Hasan al-'Askari (as) telah dikawal dan dikepung di Samarra' dan oleh kerana Samarra' adalah pusat ketenteraan bagi Kerajaan Abbasiyyah ketika itu sehingga zaman Khalifah al-Mutawakkil, maka Imam al-Hadi (as) dan puteranya itu digelar dengan nama tersebut.
Karamah Imam al-Hadi (as) :
Kisah 1 : Suatu hari, salah seorang jiran Imam Ali al-Hadi (as) yang mahir dengan ilmu pengukiran yang bernama Yunus telah datang berjumpanya dalam keadaan takut dan cemas. "Kenapa anda kelihatan cemas dan takut wahai Yunus!," tanya Imam (as). Yunus menjawab : "Seorang sahabat saya yang bernama Musa bin Bagha telah meminta saya agar mengukir di atas sebuah batu miliknya. Batu miliknya juga sangat tinggi nilainya. Tiba-tiba ketika saya sedang mengukir di atas batu tersebut, ia telah pecah dan terbelah menjadi dua. Esok dia akan datang mengambil batu tersebut. Jika dia mengetahui hal ini, pasti saya akan dibunuh."
Imam (as) menjawab : "Sekarang pulanglah ke rumah dan tenangkanlah fikiranmu. Esok, Insya-Allah sesuatu yang baik akan berlaku ke atas anda." Keesokan harinya, pada awal pagi lagi Yunus telah datang berjumpa dengan Imam (as) dalam keadaan khuatir kerana Musa akan datang untuk mengambil batu ukiran miliknya. Imam (as) menjawab :
"Usahlah bimbang ! Pergilah berjumpa dengan Musa. Dengarlah apa yang akan diperkatakannya kelak. Sesungguhnya perkataannya akan menyebabkan anda bergembira." Lalu Yunus pun berlalu dan menurut kata Imam (as) dan tidak lama kemudian dia kembali menemui Imam (as) dalam keadaan gembira sambil berkata :
"Wahai junjunganku ! Saya telah menemui Musa dan dia telah berkata, "Wahai Yunus ! Sesungguhnya jiranku telah berselisih pendapat tentang batuku itu. Jadi, bolehkah engkau bahagikan batu tersebut menjadi dua bahagian, semoga perselisihan antara kami akan selesai." Imam Ali al-Hadi (as) mengucapkan syukur ke hadhrat Ilahi dan berkata, "Apakah jawaban anda kepada Musa ?" Yunus menjawab, "Berilah aku masa untuk melakukan hal tersebut." Imam (as) memuji jawaban Yunus itu.

Kisah 2 : Ada seorang wanita menghadap istana Khalifah al-Mutawakkil dan mengaku bahawa dia adalah Zainab anak Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah. Khalifah al-Mutawakkil terkejut dan berkata : "Sesungguhnya Zainab telah lama meninggal dunia sedangkan engkau kelihatan masih terlalu muda." Wanita tersebut menjawab : "Sesungguhnya Rasulullah (saw) telah meletakkan tangan baginda yang suci di atas kepalaku dan berdoa bahawa setiap 40 tahun aku akan kembali muda." Kemudian Khalifah al-Mutawakkil telah memanggil semua Bani Abu Thalib dan mereka menyatakan bahawa wanita ini telah berdusta. Namun wanita tersebut tetap dengan pendiriannya. Akhirnya mereka mencadangkan kepada Khalifah al-Mutawakkil supaya perkara ini disampaikan kepada Imam Ali al-Hadi (as) semoga beliau dapat menyelesaikan masalah yang rumit itu. Lalu Imam Ali al-Hadi (as) pun dipanggil untuk berhujjah dengan wanita tersebut. Setelah dipertemukan dengan wanita tersebut, Imam Ali al-Hadi (as) berkata :
"Sesungguhnya Zainab anak Fatimah az-Zahra' telah lama meninggal dunia. Jika benar dia dari keturunan Fatimah az-Zahra', sesungguhnya keturunan Fatimah az-Zahra' tidak akan takut kepada binatang buas dan binatang buas pula tidak akan makan daging keturunan Fatimah az-Zahra'. Jika benar dia dari keturunan Fatimah az-Zahra', sila masukkan dia ke dalam sangkar singa yang buas." "Apa pendapat anda wahai wanita! ” tanya Khalifah al-Mutawakkil. "Adakah kerana sebab ini dia ingin membunuh aku? ” kata wanita tersebut. Imam (as) menjawab :
"Di sini terdapat ramai orang dari keturunan Fatimah az-Zahra' binti Rasulullah. Jika anda mahu, kita boleh meminta salah seorang daripada mereka masuk ke dalam sangkar singa sehingga segala kebenaran akan terbukti." Wajah mereka yang berketurunan Fatimah az-Zahra' menjadi agak cemas lalu salah seorang daripada mereka berkata :
"Wahai junjunganku! Kenapa anda sendiri tidak cuba untuk masuk ke dalam sangkar singa tersebut ? ” Imam Ali al-Hadi (as) bersetuju dengan cadangan salah seorang dari mereka dan setelah sangkar dan singa yang buas disediakan, baginda (as) pun masuk ke dalam sangkar tersebut. Imam Ali al-Hadi (as) duduk dalam sangkar dan singa yang amat buas tersebut seolah-olah menjadi jinak dan menundukkan muka tanda hormat kepadanya. Imam Ali al-Hadi (as) membelai kepala singa tersebut dan mengarahkannya beredar ke tepi. Tanpa disangka-sangka, singa tersebut menjadi jinak dan terus menurut perintahnya. Para pembesar dan Khalifah al-Mutawakkil merasa terpegun melihat karamah yang dimiliki oleh Imam Ali al-Hadi (as) itu dan dengan segera mereka menyuruh Imam Ali al-Hadi (as) keluar dari sangkar singa itu kerana khuatir akan dilihat oleh rakyat jelata. Kemudian Imam (as) berpaling kepada orang ramai dan berkata :
"Siapa di antara anda yang mengaku dari keturunan Fatimah az-Zahra' binti Rasulullah, silakan masuk ke dalam sangkar ini." Akhirnya wanita tersebut mengaku bahawa dia bukan dari keturunan Fatimah az-Zahra'. Dia berbuat demikian kerana kemiskinan yang dialaminya. Khalifah al-Mutawakkil menjadi marah dan dia mengarahkan supaya wanita tersebut dicampakkan ke dalam sangkar singa yang buas lagi kelaparan itu. Ibu Khalifah al-Mutawakkil yang melihat kejadian itu meminta anaknya supaya memaafkan wanita tersebut. Akhirnya wanita tersebut terselamat dari dibaham oleh singa yang buas gara-gara mengaku keturunan Fatimah az-Zahra'.

Penguasa Bani Abbasiyyah :
Menurut catatan sejarah, Khalifah al-Mutawakkil sangat membenci keturunan Ali bin Abi Thalib (as) dan Ahlul Bait Rasul (as). Nama sebenar Khalifah al-Mutawakkil ialah al-Mutawakkil Ja’far bin al-Mu’tashim. Dia memegang jawatan khalifah setelah kematian Khalifah al-Watsiq pada tahun 232 Hijrah. Khalifah al-Mutawakkil sangat menaruh dendam dan benci terhadap keturunan Fatimah az-Zahra' binti Rasulullah. Dia memperlakukan mereka dengan begitu kejam termasuklah menyekat bantuan makanan. Orang ramai juga dicegah dari memberi bantuan dan meringankan bebanan mereka. Inilah tradisi yang telah dilakukan oleh nenek moyang Khalifah al-Mutawakkil semenjak pemerintahan Abbasiyyah berkuasa. Antara kekejaman Khalifah al-Mutawakkil terhadap Ahlul Bait Rasul (as) adalah seperti berikut :
- Kebencian Khalifah al-Mutawakkil terhadap keturunan Imam Ali bin Abi Thalib (as) dan sentiasa berusaha untuk mencela dan menghinanya.
- Khalifah al-Mutawakkil telah memerintahkan supaya makam para Imam (as) dan tempat ibadah di sekitarnya dirobohkan serta menghukum sesiapa yang menzirahi makam tersebut.
- Melaksanakan sekatan ekonomi terhadap keturunan Ahlul Bait atau Alawiyyin dan mencegah orang ramai dari menolong mereka sehingga ada dari kalangan mereka yang kelaparan.
- Menyulitkan kehidupan para Imam Ahlul Bait (as), khususnya Imam Ali al-Hadi (as) dan memaksanya supaya berpindah dari Madinah al-Munawwarah untuk ditempatkan di kem Samarra' agar mudah diawasi.
- Khalifah al-Mutawakkil berniat untuk membunuh Imam Ali al-Hadi (as) kerana rakyat mula memihak kepadanya.
- Khalifah al-Mutawakkil berusaha untuk menangkap sesiapa sahaja yang memihak kepada Imam Ali al-Hadi (as).
Suatu ketika, seorang ahli ilmu Nahu yang terkenal bernama Ya'qub bin Ishaq telah dihadapkan ke hadapan Khalifah al- Mutawakkil di istananya. Khalifah pun berkata :
"Siapakah yang engkau lebih cintai di antara al-Mu'taz dan al-Muayyad (keduanya anak Khalifah al-Mutawakkil) serta Hasan dan Husain ? " Ya’qub bin Ishaq menyebut kekurangan kedua putera Khalifah al-Mutawakkil dan menyenaraikan pula kemuliaan yang dimiliki oleh Imam Hasan (as) dan Imam Husain (as). Khalifah al-Mutawakkil menjadi amat marah lalu memerintahkan orang Turki yang ada di situ supaya memijak perut Ya’qub bin Ishaq dan setelah kembali ke rumahnya, tidak lama kemudian beliau meninggal dunia.
Catatan 2 : Ibnu Atsir juga menyebut bahawa pada tahun 236 Hijrah, Khalifah al-Mutawakkil telah memerintahkan supaya makam Imam Husain di Karbala dirobohkan. Malahan rumah-rumah dan bangunan yang ada disekitarnya juga diarahkan supaya dirobohkan. Khalifah al-Mutawakkil memerintahkan supaya anak-anak sungai digali dan pokok-pokok ditanam di atas perkuburan Imam Husain (as). Dia juga melarang orang ramai dari menziarahi makam tersebut. Seorang utusannya lalu menyeru kepada penduduk setempat dengan berkata :
"Barang siapa yang didapati berada di makam Imam Husain (as) selepas 3 hari dari sekarang, kami akan tangkap dan memenjarakannya di penjara bawah tanah."
Catatan 3 : Abu Abbas Fadhl bin Ahmad bin Israil al-Kathib pula menceritakan :
"Wahai Abu Said ! Aku akan ceritakan kepadamu sesuatu yang telah diceritakan oleh ayahku." Ayahku berkata, "Pada suatu hari, aku bersama al-Mu’taz (putera Khalifah al-Mutawakkil) masuk menghadap khalifah di istana. Al-Mu’taz berdiri di hadapan sementara aku berdiri di belakangnya. Tugasku adalah menyambut kedatangannya dan mempersilakannya duduk. Sidang perbincangan di istana berjalan agak lama. Para pengawal pula bersilih ganti. Aku melihat wajah khalifah berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ketika khalifah berhadapan dengan al-Fattah bin Khaqan, dia berkata, "Engkau masih mengatakan hak ke atasnya (Imam Ali al-Hadi)." Al-Fattah bin Khaqan menghadap khalifah lalu berkata, "Mereka telah memfitnahnya wahai Tuanku ! " Khalifah al-Mutawakkil menjadi marah lalu berkata, "Aku akan bunuh orang yang suka menentang kerajaanku." Tidak lama kemudian Khalifah al-Mutawakkil berkata lagi, "Bawakan kepadaku empat orang asing." Lalu dibawa masuk empat orang asing (yang tidak tahu berbahasa Arab) dan diberikan kepada setiap seorang dari mereka sebilah pedang supaya membunuh Imam Ali al-Hadi (as)." Ketika itu aku sedang berdiri di belakang al-Mu’taz yang berselindung di sebalik langsir istana dan tiba-tiba Imam Ali al-Hadi (as) pun tiba-tiba muncul di dalam istana. Orang ramai berdiri tanda hormat dan menyambut kedatangannya. Aku melihat bibir Imam Ali Hadi (as) bergerak-gerak membaca sesuatu dan wajahnya bercahaya tanpa kelihatan cemas. Ketika Khalifah al-Mutawakkil melihat Imam Ali al-Hadi (as), lalu khalifah pun turun dari singgahsana dan menyambut kedatangan beliau sambil mencium pipinya. Sambil memegang pedangnya, Khalifah al-Mutawakkil berkata, "Wahai junjunganku ! Wahai putera Rasulullah ! Wahai sebaik-baik manusian! Wahai Abal Hasan! (gelaran Imam Ali al-Hadi) Apa yang membuatkan anda datang di kala ini ? ” Imam Ali al-Hadi (as) menjawab, "Utusanmu telah datang ke rumahku dan mengatakan, Khalifah al-Mutawakkil menjemput anda." Khalifah al-Mutawakkil berkata, "Dia telah berdusta dan kembalilah ke rumahmu wahai junjunganku ! ” Empat orang asing yang berada di situ pun secara tidak disangka-sangka terus menghormati Imam Ali al-Hadi (as). Setelah baginda (as) keluar dan pulang ke rumah, Khalifah al-Mutawakkil meminta penterjemah supaya menanyakan kepada empat orang asing tadi, mengapa mereka tidak jadi untuk membunuh Imam Ali al-Hadi (as). Orang asing tadi menjawab, "Kami melihat di sekeliling Imam Ali al-Hadi terdapat 100 bilah pedang yang berjalan di sampingnya tetapi kami tidak nampak orang yang membawa pedang-pedang tersebut. Sebab itulah kami membatalkan hasrat untuk membunuh Imam Ali al-Hadi kerana kami merasa gerun dan amat takut." "
Kesyahidan al-Imam Ali al-Hadi an-Naqi (as) :
Di zaman pemerintahan Khalifah al-Mu’taz, Imam Ali al-Hadi (as) telah diancam dengan pelbagai ancaman. Khalifah al-Mu’taz telah merancang untuk membunuh Imam Ali al-Hadi (as) dan pada 3 Rejab 254 Hijrah, Imam Ali al-Hadi (as) telah diracun oleh seorang utusan Khalifah al-Mu’taz yang menyebabkan baginda (as) wafat beberapa jam setelah diracun. Ketika itu, usia baginda (as) baru menjangkau 42 tahun. Imam Ali al-Hadi (as) tidak meninggalkan sebarang harta. Baginda (as) meninggalkan empat orang anak lelaki bernama Imam Hasan al-Askari (as), al-Husain, Muhammad dan Ja’far serta seorang anak perempuan bernama 'Aisyah. Imam Ali al-Hadi (as) telah dimakamkan di dalam rumahnya di Samarra'. Para pengikutnya telah mendirikan masjid dan bangunan disekitar makamnya. Semenjak itu orang ramai mulai menziarahi makam Imam Ali al-Hadi (as) demi untuk mengenang jasa dan mengambil berkat dari ilmu yang dimilikinya. Sehingga kini, makam Imam Ali al-Hadi (as) telah dikunjungi oleh jutaan manusia dari pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk dunia.
Di antara kata-kata mutiara Imam Ali al-Hadi (as) adalah seperti berikut :
1-"Barang siapa yang rendah keperibadiannya, maka berhati-hatilah dari kejahatannya."
2-"Dunia ini ibarat pasar. Ada yang untung dan ada yang rugi."
3-"Barangsiapa yang redha dengan apa yang ada pada dirinya, ramailah manusia yang akan memusuhinya."
4-"Kefakiran itu adalah kesempitan jiwa dan perasaan berputus-asa."
5-"Yang lebih baik dari kebaikan adalah pelakunya, yang lebih indah dari keindahan adalah pembicaranya, yang lebih unggul dari ilmu adalah pemiliknya, yang lebih buruk dari kejahatan adalah penyebabnya dan yang lebih dahsyat dari bencana adalah pelakunya."
6-"Allah tidak boleh disifatkan kecuali dengan apa yang Allah sifatkan untuk diriNya. Mana mungkin disifatkan Zat yang pancaindera tidak dapat melihatNya dan angan-angan tidak mampu menggapaiNya sedangkan lintasan fikiran juga tidak dapat membatasiNya dan penglihatan juga tidak akan mampu mencakupNya."
7-"Barangsiapa yang menganggap bahawa dirinya dalam keadaan 'mujbar' (dipaksa oleh takdir) ketika melakukan dosa, bererti dia telah menisbatkan dosanya kepada Allah dan menganggap Allah telah melakukan zalim ketika menyiksanya."
8-"Barangsiapa yang meninggal dunia dalam keadaan mencari kebenaran, akan dikira dalam kebaikan meskipun belum mendapatkannya dengan sempurna, sesuai dengan firman Allah, "..Dan barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan RasulNya kemudian kematian menimpanya,maka sesungguhnya telah tetaplah pahalanya disisi Allah …."" 9-"Barangsiapa takut kepada Allah, nescaya ia akan disegani dan barangsiapa taat kepadaNya nescaya dia akan ditaati."
10-"Sifat dengki itu adalah penghancur segala kebaikan dan menyebabkan kebencian terhadap pelakunya."
11-"Derhaka itu boleh menyebabkan kekurangan (dalam segala hal) dan boleh mengakibatkan kehinaan."
12-"Cacian itu kunci dari segala kebencian, walaupun ia lebih ringan dari perasaan dengki."
13-"Barangsiapa mentaati Allah, nescaya dia tidak akan menghiraukan kemarahan makhluk dan barangsiapa yang menimbulkan kemurkaan Allah, nescaya akan mengakibatkan kebencian manusia."
14-"Sesungguhnya seorang guru dan murid adalah laksana dua sejoli dalam menggapai kebenaran."
15-"Bangun malam itu akan menambahkan kelazatan tidur dan lapar itu akan menambahkan kelazatan hidangan makanan."
16-"Ingatlah saat-saat kematianmu di hadapan keluargamu, ketika itu tidak ada lagi doktor yang mampu mencegahnya dan tidak ada pula sahabat yang dapat memberikan manfaat bagimu."
17-"Barangsiapa mengerjakan suatu pekerjaan yang diperintahkan oleh agama, namun tidak yakin akan kebenarannya, maka Allah tidak akan menerima pekerjaan tersebut kecuali jika disertai dengan niat yang baik."
18-"Barangsiapa yang merasa tenang dari pembalasan Allah dan siksaan hukumannya, sesungguhnya dia telah bersikap takabur sehingga saat ketentuan dan perintah Allah dilaksanakan. Barangsiapa yang melihat bukti-bukti yang jelas dari Tuhannya, maka akan terasa ringanlah baginya segala musibah di dunia meskipun tubuhnya dicincang atau digergaji."
19-"Jika anda ingin kenikmatan itu tidak hilang, maka gunakanlah ia di jalan yang baik dan carilah tambahannya dengan bersyukur ke atasnya."
20-"Allah menjadikan dunia sebagai tempat ujian dan akhirat sebagai tempat balasan. Dijadikannya ujian di dunia sebagai sebab untuk memperolehi pahala di akhirat dan dijadikannya pahala di akhirat sebagai ganti atas ujian yang diterima di dunia."
21-"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan dari seseorang, maka akan diberinya kelapangan untuk menerima sesuatu teguran."
22-"Sesungguhnya seorang bodoh yang ada dalam kebenaran boleh menyebabkan kebodohannya memadamkan cahaya kebenaran."
23-Antara syair Imam Ali al-Hadi (as) yang ditujukan kepada Khalifah al-Mutawakkil :
"Mereka mendirikan rumah di puncak-puncak bukit yang dijaga rapi oleh para tentera yang gagah perkasa, namun itu semua sudah tiada berguna lagi. Kemudian mereka bakal di giring ke kubur dan di sanalah seburuk-buruk tempat baginya. Tiba-tiba seseorang datang dan memanggil-manggil setelah dikebumikannya. Di manakah emas-emas, mahkota-mahkota dan baju-baju yang cantik? Di manakah wajah-wajah yang mendapat nikmat yang banyak yang dengannya boleh mendapatkan sesuatu tanpa kesulitan dan kepayahan? Dengan jelas kubur itu mengungkapkan penceritaan tentang keadaan mereka. Itulah wajah-wajah yang kini sedang dipatuk oleh ular-ular yang saling berebutan. Telah lama mereka hidup dan menikmati masa hidupnya. Kini setelah mereka merasakan nikmat itu, mereka jadi santapan ular-ular. Lama mereka membina rumah-rumah agam dan megah untuk didiami, namun rumah-rumah tersebut telah diwariskan untuk keluarganya setelah pemergiannya. Telah lama mereka menimbun harta dan hanya menyimpannya. Kini harta tersebut telah ditinggalkan dan menjadi rebutan musuh-musuhnya."
24-"Kekayaan itu adalah sedikitnya angan-anganmu serta redha dengan apa-apa yang mencukupkanmu."
25-"Marah terhadap orang yang berada dalam lingkungan kekuasaanmu adalah satu pencerobohan."
26-"Orang yang bersyukur kerana sesuatu nikmat, akan lebih merasa bahagia dengan rasa syukurnya dibandingkan nikmat yang diterimanya sebab nikmat itu hanya kesenangan, sedangkan syukur adalah suatu nikmat yang sekaligus mendapat pahala."
27-"Manusia di dunia mendapat kejayaan dengan harta manakala di akhirat dengan amalan."
28-"Berhati-hatilah dengan perasaan dengki sebab ia hanya akan menampakkan 'aibmu dan tidak berpengaruh kepada musuhmu."
29-"Sesungguhnya hikmah itu tidak berguna bagi orang yang bersifat jahat."
30-"Sifat suka berdebat dapat merosakkan persahabatan yang sudah terjalin lama."
31-"Janganlah anda meminta kejernihan (hubungan) dari orang yang anda telah cemari dirinya dan jangan pula mengharapkan ketepatan janji dari orang yang pernah anda tipu."
32-"Orang yang keras kepala hanyalah akan menjadi suruhan dirinya sendiri sedangkan orang yang bodoh akan menjadi suruhan lidahnya."
33-"Orang yang sering mengasihanimu dan memberikan pendapat kepadamu, maka taatilah dia."
34-"Bersenda gurau dalam berbicara itu adalah gurauan orang yang dungu dan hanya di lakukan oleh orang yang bodoh."
35-"Sifat 'ujub (bangga diri) akan merosakkan pencari ilmu dan akan menyebabkan kekurangan dan kejahilan."
36-"Barangsiapa yang menganggap ringan terhadap hawa nafsunya, maka janganlah merasa tenteram dari kejahatannya."
No comments:
Post a Comment