Menurutnya, "Penduduk Palestin itu menjadi mangsa hukuman beramai-ramai yang menjadi dasar Israel yang kejam dan layak dikategorikan sebagai jenayah kemanusiaan. Malah, tidak salah untuk menyatakan yang Mahkamah Jenayah Antarabangsa perlu menyiasat keadaan sebenar dan menentukan sama ada penduduk dan pemimpin awam serta tentera Israel yang melakukan kepungan di Gaza, wajar didakwa kerana melakukan kesalahan seperti yang termaktub dalam undang-undang jenayah antarabangsa."
Katanya lagi, "Kecaman antarabangsa terhadap kekejaman Israel tidak ketara pada peringkat global sejak masalah aparteid Afrika Selatan disuarakan. Tetapi, Israel masih tetap meneruskan kepungan di Gaza yang menyekat penghantaran makanan, bahan api dan menyebabkan penduduk Palestin hampir kebuluran."
Baru-baru ini, Majlis Hak Asasi Manusia PBB menggesa Israel menggerakkan 99 langkah untuk memperbaiki rekod hak asasinya. Langkah itu disokong oleh 47 buah negara anggota majlis selepas perbincangan selama dua hari mengenai rekod hak asasi manusia Israel. Berdasarkan mekanisme yang dipanggil 'Universal Periodic Review' (UPR), rekod semua anggota PBB akan diteliti empat tahun sekali.

No comments:
Post a Comment