Tentera Zionis Israel enggan mengulas kejadian itu, manakala jurucakap Kementerian Luar rejim Zionis, Yossie Levy berkata : "Kami masih membincangkan isu berkenaan."
Israel menutup pintu masuk utama ke Gaza yang turut menjadi laluan bekalan makanan dan kemanusiaan. Ia turut menutup semua kawasan masuk ke perairan Gaza selepas Hamas berkuasa di wilayah Palestin yang mundur dan miskin itu pada Jun 2007. Sekatan itu diperketatkan lagi sejak beberapa minggu lalu berikutan ketegangan baru yang mengancam gencatan senjata tajaan Mesir yang dimeterai pada 19 Jun 2008 yang lalu.
Kapal Libya itu mengandungi 1,200 tan beras, 750 tan susu, 500 tan minyak, 500 tan tepung serta 100 tan ubat-ubatan, kata jurucakap Tabung Bantuan dan Pembangunan Libya di Afrika yang menyewa kapal berkenaan.

No comments:
Post a Comment