Friday, December 5, 2008

BUSH BELI RUMAH MEWAH DI DALLAS

*Gambar : Inilah rumah mewah di Preston Hollow, Dallas yang dipercayai dibeli oleh Bush dan bakal didiaminya selepas berundur dari White House, akhir Januari 2008 akan datang.
DALLAS, Amerika Syarikat - Presiden George W. Bush dan isterinya, Laura, telah membeli sebuah rumah di utara Dallas sebagai persediaan meninggalkan White House pada bulan depan. Setiausaha Media Laura Bush, Sally McDonough memberitahu, Bush membeli sebuah rumah mewah di kawasan Preston Hollow, kawasan kediaman elit di negeri Texas itu.
"Kami memilih sebuah rumah. Jika kami berpindah masuk, kami akan umumkan di mana tempatnya," kata Laura kepada stesen NBC.
Sementara itu, White House menolak untuk menyatakan alamat rumah berkenaan. Mengikut rekod hartanah tempatan, Robert McCleskey yang pernah bertanggungjawab menjaga akaun keluarga Bush, telah membeli sebuah rumah seluas 790 meter persegi bernilai USD 2.1 juta (RM7.6 juta) baru- baru ini. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan pemilik rumah tersebut.
Mengikut senarai juga, terdapat sebuah rumah di kawasan itu yang dimiliki oleh jutawan Tom Hicks yang menjadi penderma utama untuk parti Republikan dan bernilai AS$32.2 juta (RM112 juta).
Bush tinggal di Dallas dari 1988 hingga Januari 1995 sebelum berpindah ke rumah agam gabenor di Austin dan berpindah masuk ke White House selepas dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat.

No comments: