Saturday, December 6, 2008

RAKYAT IRAQ PERLU KUKUHKAN PERPADUAN - AYATULLAH AL-UZMA HUSEIN FADHLULLAH


Marji' Syiah di Lebanon, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Muhammad Husein Fadhlullah menyifatkan perpaduan rakyat Iraq sebagai faktor terpenting untuk mengusir kuasa-kuasa asing dari negara mereka. Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan pertemuan dengan rombongan Persatuan Ulama Iraq yang diketuai oleh Syeikh Mahmud al-Isawi di Mekah.
Menurutnya, rakyat Iraq mampu mengusir kuasa-kuasa asing dari negara mereka dengan mempereratkan ikatan perpaduan dan meneruskan penentangan. Tambahnya lagi, kuasa-kuasa asing sentiasa berusaha mewujudkan situasi yang porak-peranda di Iraq sebagai alasan untuk memanjangkan tempoh kehadiran mereka.
Berdasarkan fakta perjanjian keamanan di antara Washington dan Baghdad, pasukan tentera Amerika Syarikat perlu mengosongkan seluruh bandaraya dan perkampungan di Iraq sebelum 30 Jun 2009 serta perlu meninggalkan negara itu secara keseluruhan pada akhir Disember 2011.

No comments: