Thursday, December 11, 2008

OBAMA MAHU BANTU ISRAEL HADAPI 'ANCAMAN' IRAN

BAITULMAQDIS - Dasar politik luar negara Amerika Syarikat di bawah Presiden yang baru dipilih, Barack Obama nampaknya tidak berubah, bahkan mungkin lebih bersifat imperialistik. Bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dilaporkan merancang untuk menawarkan Israel satu pakatan strategik bertujuan mempertahankan negara Yahudi itu daripada sebarang serangan nuklear dari Iran.
Akhbar 'Haaretz' dalam laporannya memetik Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang baru dilantik, Hillary Clinton sebagai berkata, pentadbiran baru Amerika Syarikat nanti akan memberi komitmen kepada cadangan 'payung nuklear' sebagai tindak balas kepada sebarang serangan nuklear ke atas Israel dengan serangan balas. Beliau turut menjanjikan fasiliti yang sama kepada sekutunya dirantau teluk terutama Arab Saudi.
Iran menafikan dakwaan yang mengatakan program nuklearnya adalah untuk ketenteraan namun retorik anti-Israel oleh Teheran telah menimbulkan ketakutan bahawa Israel yang dipercayai sebagai satu-satunya kuasa nuklear di Asia Barat, mungkin akan melancarkan serangan terlebih dulu.
Pakatan Perang Dingin iaitu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Eropah dan payung nuklear kepada Jepun, telah mempertahankan sekutu Amerika Syarikat dan mereka memerlukan persetujuan Washington bagi setiap tindakan ketenteraan.
Spekulasi mengenai pakatan strategik Amerika Syarikat-Israel hangat diperkatakan sejak dua tahun lalu apabila Presiden George W. Bush dalam satu temu ramah dengan Reuters mendedahkan bahawa negara kuasa besar itu akan 'mempertahankan Israel' jika terdapat ancaman Iran.
Israel diasaskan sebagai tempat kaum Yahudi yang terselamat dari bencana 'Holocaust' dengan syarat mereka mempertahankan diri sendiri dan permintaan rasmi untuk perlindungan luar akan mewujudkan krisis kredibiliti di sini.

No comments: