Thursday, December 11, 2008

RESTORAN 'ABDULLAH' DI KIRKUK DISERANG BOM, 15 TERBUNUH

*Gambar : Seorang mangsa diusung selepas cedera dalam kejadian letupan bom di sebuah restoran tepi jalan di Kirkuk.

BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 45 cedera dalam serangan bom di sebuah restoran berhampiran bandar pengeluar minyak Kirkuk di utara Iraq, kata seorang anggota polis.
Pegawai berkenaan, Salam Zengana berkata, letupan itu berlaku waktu tengah hari pada hari terakhir cuti Hari Raya Aidil Adha di sebuah restoran tepi jalan. Serangan di luar restoran bernama 'Abdullah' itu dilancarkan dengan menggunakan bom kereta, kata seorang Menteri Dalam Negeri di Baghdad sambil menambah wanita dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang maut.
Serangan bom berterusan berlaku di Kirkuk dan kawasan sekitarnya tetapi jumlah insiden keganasan di Iraq secara keseluruhan berkurangan dengan mendadak pada tahun ini. Bandar itu diduduki berbagai etnik seperti komuniti Arab, Kurdis dan Turkmenistan tetapi puak Kurdis menuntut supaya Kirkuk dimasukkan ke dalam wilayah autonomi mereka di utara Iraq.
Pada 1 Disember 2008 yang lepas polis menemui 12 mayat di sebuah kampung di selatan Kirkuk. Ketua Polis wilayah Jamal Taher Bakr berkata, mayat-mayat itu dipenuhi dengan bekas tembakan dan kesan terbakar.

No comments: