
Menurut polis, letupan pertama berlaku apabila sebuah kereta meletup diikuti letupan pengebom berani mati yang berada di celah-celah orang ramai, yang mengerumuni kenderaan yang meletup tersebut. Sesetengah pihak menyatakan bahawa jumlah korban ialah 25 orang manakala 45 yang lain cedera dalam kejadian tersebut.
"Saya terus berkejar ke tempat kejadian dan nampak beberapa pelajar perempuan terperangkap dalam kenderaan dan menjerit meminta tolong. Kami segera mengeluarkan mereka dan menghantar pelajar-pelajar itu ke hospital,'' kata seorang saksi. Menurutnya, serangan itu merupakan perbuatan jenayah apabila menjadikan orang awam dan pelajar yang mahu ke sekolah sebagai sasaran.
"Kami sudah bosan dengan serangan seperti ini. Kami hanya mahu hidup aman dan damai. Ahli politik mestilah berusaha keras menangani masalah dan mengenepikan perbezaan serta menghentikan tragedi berdarah," kata seorang saksi lain. Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan terbaru itu.
No comments:
Post a Comment