Menteri Pertahanan Republik Islam Iran, Brigedier Jeneral Mustafa Muhammad Najjar mengatakan, kajian dan sains merupakan kaedah utama untuk mencapai teknologi yang canggih serta membina kekuatan. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Festival Sains dan Kajian dalam bidang Pertahanan Iran.
Menurutnya, "Dunia transformasi kini menjadi medan persaingan hebat di kalangan kuasa-kuasa besar dunia. Dengan teknologi canggih yang mereka miliki, negara-negara besar dunia telah mengeksploitasi negara lain. Ketika ini Iran sedang berusaha gigih menghidupkan identiti keilmuan dan agamanya. Negara-negara imperialis dunia amat menyedari bahawa sekiranya Tehran berjaya mencapai teknologi maju maka dunia akan beralih ke Iran."
No comments:
Post a Comment