Sunday, November 2, 2008

WANITA IRAN...ANTARA SOLEHAH DAN TOLEHAH


Kalau anda bercita-cita untuk berkahwin dengan wanita Iran, lebih baik lupakan buat masa ini. Wanita Iran sememangnya antara makhluk Tuhan yang dikurniakan dengan kecantikan. Itu tidak dapat dinafikan. Namun untuk memilih mereka sebagai pasangan hidup, bukan sekadar perlu berfikir 1000 kali, bahkan kena buat istikharah berkali-kali supaya tidak kecewa di kemudian hari. Perbezaan budaya, gaya hidup, makanan, cuaca menjadi antara faktor yang menyumbang ke arah permasalahan dalam perkahwinan antara dua benua ini.
Namun bukan semua wanitanya bermasalah. Kalau anda temui mukminah Iran yang solehah, berjiwa revolusioner dan menjiwai ajaran sebenar dalam mazhab Ahlul Bait, anda pasti akan mengenali wajah Iran yang sebenarnya. Jumlah mereka juga tidaklah sedikit di negara yang penuh bersejarah itu. Bayangkan, dari rahim merekalah lahirnya para pejuang Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka ketika bertempur dengan tentera-tentera ganas Saddam Husein antara tahun 1980-1988. Dari rahim wanita Iranlah lahirnya para syuhada' sehebat Dr Mustafa Chamran, Murtadha Muthahhari, Beheshti, Ali Rajai dan Bahonar. Dari rahim wanita Iran juga berjaya melahirkan manusia luar biasa seperti Ayatullah al-Uzma Sayyid Ali Khamenei dan Dr Mahmoud Ahmadinejad yang sedang memimpin dan memacu negara Iran ke arah menjadi "Negara Maju" di dunia dan akhirat. Apa pun, ikuti dulu berita berikut sebagai sumber iktibar dan pengajaran.
Akhbar 'Harian E'temad' terbitan Tehran, Iran melaporkan, seorang lelaki mengajukan permohonan untuk bercerai dengan isterinya di mahkamah. Namun, dalam permohonannya, lelaki tersebut yang tidak menyebutkan namanya turut meminta perlindungan mahkamah dari ancaman isterinya.
Rupanya, permintaan yang terakhir itu agak serius kerana memang si isteri yang hendak diceraikannya itu adalah seorang yang 'bertubuh besar dan tegap'. Si suami yang 'malang' itu sering kali diancam dan dituduh sebagai 'curang' sewaktu pulang ke rumahnya setiap malam.
"Saya hanya seorang pencuci di hotel dan sering pulang ke rumah pada waktu malam. Namun, isteri saya selalu menuduh saya melakukan perkara yang bukan-bukan selepas waktu kerja," ujar Behrouz, nama depan si suami itu seperti yang dipetik oleh akhbar 'Harian E'temad'.
"Setiap kali tiba di rumah, isteri saya yang berbadan tinggi dan besar itu selalu memukul saya," kata Behrouz yang memang mempunyai tubuh yang kurus.
Kepada hakim, Behrouz menegaskan bahawa dirinya tidak ingin lagi pulang ke rumahnya dan meminta pihak mahkamah agar membantu dirinya supaya tidak disiksa lagi oleh isterinya.
Hakim bercadang memanggil si isteri ke muka pengadilan untuk menyampaikan pendapatnya sebelum beliau memutuskan permohonan cerai dari Behrouz.

No comments: