NEW YORK : Pemimpin Arab, termasuk Raja Arab Saudi dan Presiden Israel buat julung-julung kalinya menghadiri majlis makan malam secara bersama, sesuatu yang dianggap oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon sebagai unik dan jarang berlaku. Ban bertindak selaku tuan rumah kepada majlis makan malam itu bagi pemimpin yang menghadiri mesyuarat dua hari anjuran PBB bagi menggalakkan dialog global mengenai agama, budaya dan kepentingan bersama.
Raja Abdullah dari Arab Saudi meminta PBB menganjurkan sidang berkenaan sebagai tindakan susulan kepada mesyuarat pelbagai agama yang dianjurkan secara bersama oleh beliau dan Raja Juan Carlos dari Sepanyol di Madrid Julai 2008 yang lalu.
"Adalah unik apabila anda melihat Presiden Shimon Peres dari Israel dan ramai lagi raja dan pemimpin dunia Arab duduk dan makan malam secara bersama," kata Ban kepada pemberita. Pertemuan secara terbuka seperti ini di antara pegawai Israel dan Arab Saudi jarang dilakukan memandangkan kebanyakan negara Islam, termasuk Arab Saudi, tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Jurugambar 'AP' berkata, beliau tidak lihat sebarang hubungan antara Peres dan Raja Abdullah dalam majlis tersebut.
Terdahulu, Raja Arab Saudi itu berjalan melalui meja Peres untuk ke meja lain tanpa menyapa Presiden Israel itu. Raja Abdullah ditempatkan di tempat duduk di sebelah Ban. Ban enggan menyatakan aturan tempat duduk bagi majlis makan malam itu, walaupun beliau berkata semua tetamu dihidangkan dengan makanan yang sama.

"Tetapi untuk duduk di dalam dewan yang sama dan terbabit dalam majlis sama adalah sesuatu yang mereka tidak lakukan sebelum ini. Sekali lagi saya ingin menegaskan apa dilakukan mereka ini amat penting. Saya berharap melalui pembabitan mereka dalam pertemuan seperti ini dan menerusi majlis sosial-diplomatik, mereka akan menggalakkan pemahaman di antara kedua-dua pihak," kata Ban. Setakat ini 65 negara meminta untuk berucap pada mesyuarat dua hari itu, kata Enrique Yeves, jurucakap Presiden Perhimpunan Agung, Presiden Miguel d'Escoto Brockmann.
Raja Arab Saudi dan Jordan, Emir Kuwait dan Bahrain, Presiden Amerika Syarikat, Israel, Finland, Pakistan dan Lebanon serta Perdana Menteri Britain, Qatar, Maghribi, Emiriah Arab Bersatu, Djibouti dan Mesir dijangka hadir. Presiden Amerika Syarikat, George W Bush juga akan berucap.

"Tujuan mesyuarat ini ialah untuk menggalakkan pemahaman bersama dan menangani perbezaan pendapat dalam bidang agama dan politik. Saya berharap ia akan mewujudkan suasana yang baik dan sesuai bagi menangani perbezaan pendapat dalam isu politik," katanya.
No comments:
Post a Comment