Saturday, November 8, 2008

PM ISRAEL ANGGAP OBAMA LEMAH HADAPI IRAN


Perdana Menteri Israel, Tzipi Livni menyifatkan kenyataan Barack Obama bahawa beliau bersedia untuk berunding dengan Iran dalam usaha memujuk Tehran supaya menghentikan program nuklearnya adalah tanda kelemahan.
"Kita hidup dalam suasana yang patut memberikan hukuman namun tiba-tiba diubah menjadi dialog. Ini dapat dianggap sebagai satu kelemahan," ujarnya kepada sebuah stesen radio Israel.
Komentar itu mengungkapkan ketidaksefahaman pertama seorang pemimpin tinggi Israel terhadap Obama sejak Parti Demokrat memenangi pilihan raya presiden menentang Parti Republikan.
Sewaktu ditanya apakah dia menyokong setiap rundingan Amerika Syarikat dengan Iran, Livni menjawab, "Tidak."
Seperti diketahui, Obama menegaskan bahawa beliau akan memberi hukuman yang lebih keras ke atas Iran namun beliau tidak menutup kemungkinan untuk berunding secara langsung dengan musuh utama Amerika itu bagi menyelesaikan setiap masalah yang berbangkit terutamanya program nuklear Iran.

No comments: