Perdana Menteri rejim Zionis Israel, Ehud Olmert berusaha untuk mengelabui perhatian seluruh dunia terhadap kejahatannya di Gaza dengan mengumumkan pembebasan beberapa orang tawanan Palestin dalam waktu yang terdekat. Selepas selesai pertemuan dengan Presiden Autoriti Palestin, Mahmoud Abbas, Olmert mengatakan bahawa untuk membuktikan niat baik Israel, ia telah memerintahkan pembebasan 250 orang tawanan Palestin. Tawanan tersebut adalah anggota Jabatan Keselamatan bagi kerajaan Abbas yang ditangkap oleh pihak Israel. Sementara itu, di penjara Israel masih terdapat lebih kurang 12,000 orang tawanan Palestin termasuk perempuan dan kanak-kanak. Pegawai Penjara Israel menyatakan, dalam senarai tawanan yang bakal dibebaskan itu tidak terdapat sebarang nama dari kalangan anggota HAMAS atau Jihad Islami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment