
Penculikan tersebut adalah insiden serangan terbaru ke atas warga asing di barat laut Pakistan. Ia menonjolkan situasi keselamatan yang semakin buruk di wilayah yang digunakan oleh militan al-Qaeda dan Taliban sebagai tapak melancarkan serangan ke atas tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan.
Baik serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas kedudukan pemberontak mahupun operasi bantuan di kawasan itu tidak membawa banyak kesan ke arah membendung keganasan. Baru-baru ini, usaha Amerika Syarikat untuk membantu mengurangkan kegiatan militan di barat daya Pakistan menerusi program pembangunan menerima tamparan apabila kumpulan bersenjata membunuh Stephen Vance, warga Amerika yang bekerja untuk pertubuhan bantuan Amerika Syarikat, CHF International.
No comments:
Post a Comment